BN Johor nampaknya gagal menangani 'isu Puad Zarkashi' yang mampu menjejaskan peluang mereka menang besar dalam PRN.BN Johor nampaknya gagal menangani 'isu Puad Zarkashi' yang mampu menjejaskan peluang mereka menang besar dalam PRN.

Belajarlah daripada Puad

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com

Sepanjang menjadi pengamal media, ahli politik daripada pelbagai parti pernah saya hubungi bagi mendapatkan maklum balas dalam pelbagai isu namun satu figura sering menjadi rujukan saya terutama sekali melibatkan Umno.

Orangnya tidak lain tidak bukan, Puad Zarkashi, bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno dan bekas speaker DUN Johor.

Setiap pagi saya akan buka Facebook beliau bagi melihat hantaran terkini daripada melibatkan pelbagai isu politik semasa. Adakah saya sentiasa bersetuju dengan beliau? Tidak.

Kebanyakan masa, kenyataan beliau disampaikan dalam bentuk yang mudah difahami tanpa perlu menulis kenyataan berjela-jela sehingga pada akhirnya tidak dijumpai mesej yang hendak disampaikan.

Kebiasaannya, kenyataan beliau tidak lebih lima perenggan, dengan setiap perenggan mempunyai tidak lebih daripada lima baris dan bahasa yang digunakan juga mudah untuk difahami umum.

Justeru, strategi penulisan seperti ini pada hemat saya sangat efektif kerana mesejnya dapat disampaikan dengan baik serta berperanan sebagai komunikasi Umno secara tidak langsung bagi pelbagai isu dan sudah tentu kenyataan tersebut dipetik oleh pihak media.

Saya sering menasihatkan ramai rakan yang masih baharu dalam bidang politik untuk mendalami teknik penulisan Puad.

Kecekapan beliau yang sebelum ini menjadi perisai kepada Umno terutama di Johor nampaknya sudah tidak lagi sama selepas pengumuman keluar daripada Umno pada 25 Jun lalu.

Sejak itu, satu persatu perkara beliau dedahkan melibatkan ketidakbebasan Umno Johor serta satu-persatu serangan terhadap Menteri Besar dan Pengerusi Barisan Nasional Johor Onn Hafiz Ghazi.

Sebelum 25 Jun, ramai beranggapan BN Johor dalam keadaan stabil, harmoni dan bersatu-padu bawah pimpinan Onn Hafiz, namun selepas satu persatu pendedahan daripada Puad, tanggapan itu ternyata meleset.

Berbanding menggunakan kesempatan waktu berkempen selama 14 hari bagi menjelaskan dasar kerajaan Johor sebelum ini serta mungkin menyerang pesaing lain, BN Johor turut berdepan serangan daripada bekas pemimpin yang menjadikan mereka berada dalam keadaan bertahan tanpa sengaja.

Daripada menjadi pilihan utama bagi mempertahankan kerajaan negeri dengan tambahan kerusi melebihi 40, yang dimenangi pada PRN lalu, BN hari ini sudah mula ‘cemas’ apabila ramalan dalaman mereka menjangkakan hanya 35 kerusi saja mampu dimenangi.

Sama ada keadaan ini diundang oleh pendedahan Puad sejak seminggu yang lalu, kemungkinan itu ternyata wujud kerana episod ini bukan lagi percakaran dalaman yang cuba disorokkan oleh parti, tetapi sudah menjadi tajuk berita setiap hari.

Puad tidak pula menyatakan sokongan kepada mana-mana pesaing Umno yang lain yang menjelaskan prinsip beliau bahawa serangan tersebut hanyalah kerana tidak bersetuju dengan hala tuju parti bawah kepimpinan semasa.

Pakatan Harapan yang sebelum ini tidak dilihat sebagai pilihan utama di Johor, sudah mula membina keyakinan sejak daripada permulaan ‘drama’ ini.

Pengarah strategi DAP dan juga bekas Adun Perling, Liew Chin Tong, dalam satu hantaran di Facebook mengatakan hubungan antara Puad dan Umno ketika ini adalah salah satu peristiwa ‘angsa hitam’ (kejadian luar jangka) yang berlaku kepada BN sejak DUN Johor dibubarkan.

Tambah Liew lagi, peristiwa ini antaranya mungkin mengurangkan jumlah kerusi yang mampu dimenangi BN dalam PRN kali ini.

“Dalam tempoh kempen 14 hari ini, kita mungkin menyaksikan jumlah kerusi BN menurun daripada 40 kerusi – mungkin kehilangan satu kerusi setiap hari, dua hari, atau bahkan satu kerusi setiap hari,” kata Liew.

Apa yang pasti, BN Johor nampaknya gagal menangani isu ini, yang selanjutnya mampu menjejaskan peluang mereka menang besar dalam pilihan raya kali ini.

Episod ini juga mencerminkan kegagalan BN dalam ‘menguruskan rumah’ mereka kerana, sebagai gabungan politik tertua di Malaysia, kontroversi ini sepatutnya dapat dihidu lebih awal memandangkan sudah menjadi resam perubahan calon pilihan raya.

Bagi Onn Hafiz pula, seandainya episod ini menyebabkan BN Johor gagal memenangi lebih 40 kerusi, maka ujian pertama beliau sebagai pengerusi BN Johor boleh dianggap gagal apatah lagi sekiranya kontroversi ini memberikan kelebihan kepada PH yang dilihat tidak sehaluan dengan beliau.

Akhir sekali, apa yang boleh saya katakan, belajarlah daripada Puad.

Penulis ialah lulusan sains politik dan pembaca FMT.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.