Pengerusi Barisan Nasional bagaimanapun menghargai sokongan yang diberikan PAS termasuk kepada calon MCA dan MIC di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan NasionalPengerusi Barisan Nasional bagaimanapun menghargai sokongan yang diberikan PAS termasuk kepada calon MCA dan MIC di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional

Sokongan PAS kepada BN tak jamin kerjasama politik, kata Zahid

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
ahmad zahid hamidiZahid Hamidi ketika menghadiri program ramah mesra bersama masyarakat Cina di Medan Selera Tangkak Jaya.

LEDANG: Pengerusi Barisan Nasional Zahid Hamidi berkata sokongan PAS kepada calon gabungan itu pada PRN Johor bukan jaminan untuk mengadakan sebarang kerjasama selepas ini.

Beliau bagaimanapun menghargai sokongan yang diberikan PAS termasuk kepada calon MCA dan MIC di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN).

“Itu sokongan daripada kepimpinan PAS, kita hargai sokongan itu. Kita tidak merasakan bahawa sokongan itu akan mempengaruhi kerjasama yang akan atau telah dibuat oleh Umno khususnya dengan PAS.

“Kita menghormati pendirian mereka dan kita harap sokongan itu benar-benar menjadi kenyataan dalam kertas undi yang akan dibuka 11 Julai ini,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri program ramah mesra bersama masyarakat Cina di Medan Selera Tangkak Jaya.

PAS mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi calon bukan Melayu daripada MCA dan MIC pada PRN Johor sebagai sebahagian strategi mengekang peluang Pakatan Harapan (PH), khususnya DAP, daripada membentuk kerajaan negeri.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dipetik berkata, arahan mengundi calon BN di kawasan yang tidak ditandingi PN turut terpakai kepada calon bukan Melayu daripada komponen BN.

Mengulas lanjut, Zahid turut mendakwa sokongan bukan Melayu termasuk masyarakat Cina kepada BN semakin meningkat dan berharap ia akan diterjemahkan di kertas undi pada Sabtu ini.

“Gelombang sokongan pengundi Cina kepada calon BN bertambah. Kita memang meletakkan calon ‘underdog’ di kawasan-kawasan yang mempunyai banyak pengundi Cina.

“Tetapi oleh kerana mereka telah melihat bahawa -wakil rakyat mereka yang dahulu tidak memperlihatkan prestasi yang baik berbanding dengan harapan yang mereka letakkan, jadi mereka memberitahu saya ‘ini kalilah’ kepercayaan diberikan kepada calon BN,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Zahid turut menafikan BN menggunakan sentimen Najib Razak untuk berkempen dalam pilihan raya kerana ia melibatkan kuasa Agong.

“Itu (pengampunan) adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong, itu bukan isunya di Johor (tidak ada kaitan dengan PRN),” katanya.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00001622
$0.00001622$0.00001622
+0.06%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Activate to Enjoy Special Perks

Activate to Enjoy Special PerksActivate to Enjoy Special Perks

Access 0 fees, premium support, and loss coverage.