Tony Pua berkata pengundi perlu memilih antara Anwar Ibrahim, Zahid Hamidi atau lebih teruk Hadi Awang pada PRU16.Tony Pua berkata pengundi perlu memilih antara Anwar Ibrahim, Zahid Hamidi atau lebih teruk Hadi Awang pada PRU16.

Pakatan PAS-BN akan ranapkan usaha murni PH, kata Pua

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
tony puaBekas Ahli Parlimen Damansara Tony Pua, berkata mengundi gabungan lain pada PRU akan datang mengundang risiko meranapkan kemajuan dicapai sepanjang empat tahun lalu.

SUBANG JAYA: Kerjasama yang semakin mekar antara Barisan Nasional (BN) dan PAS seperti disaksikan di Johor mampu meranapkan segala usaha murni kerajaan persekutuan pimpinan Pakatan Harapan (PH) musnah selepas PRU akan datang, kata Tony Pua daripada DAP.

Beliau berkata, pengundi pada PRU16 perlu memilih antara ‘Anwar Ibrahim, Zahid Hamidi, atau lebih teruk lagi, Hadi Awang’, merujuk kepada pemimpin PH, BN, dan PAS sebagai calon perdana menteri.

“Itulah pilihan yang kita ada,” katanya.

Pua berkata, ‘sangat penting’ untuk pengundi sedar mengenai kerjasama PAS dan BN, di mana dua parti itu sedang berusaha menyingkirkan PH pada PRN Johor.

BN dan PH bersaing sesama sendiri di semua 56 kerusi pada PRN Johor, manakala PAS bertanding 11 kerusi selain menyeru penyokongnya mengundi BN, di kerusi tidak ditandingi parti itu.

Pua berkata, pengundi pada PRU akan datang mesti memastikan PH diberi satu penggal lagi dalam kerajaan, kerana mengundi gabungan lain akan mengundang risiko meranapkan kemajuan telah dicapai sepanjang empat tahun lalu.

“Apa yang kita tidak mahu buat adalah menumbangkan satu kerajaan yang telah banyak berbakti dan memilih kerajaan lain yang akan menterbalikkan semua pencapaian sepanjang tiga atau empat tahun lalu,” katanya pada majlis makan malam kutipan dana DAP Subang Jaya.

Beliau berkata, Malaysia secara konsisten mencatatkan kadar pertumbuhan melebihi 5% meskipun dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi global, terus menarik pelaburan asing, termasuk kemasukan lebih ramai pelancong, manakala nilai ringgit pula semakin mengukuh.

Pua, bekas Ahli Parlimen Damansara yang pernah berkhidmat sebagai penasihat ekonomi kepada bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng, berkata pencapaian tersebut menjadi tanda negara berada ‘di landasan tepat’ dengan kerajaan perpaduan pimpinan PH harus diberikan satu lagi peluang meneruskannya.

Kerajaan persekutuan ketika ini dibentuk gabungan terdiri PH, BN, dan parti di Malaysia Timur, sambil Pengerusi PH Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri. Blok pembangkang pula dibentuk PAS, Bersatu, dan lain-lain.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00001635
$0.00001635$0.00001635
-2.21%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

Get Covered, Share 1M USDT

Get Covered, Share 1M USDTGet Covered, Share 1M USDT

Higher VVIP tiers, higher compensation odds.

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Record Ads, Stock Down 7%

Record Ads, Stock Down 7%Record Ads, Stock Down 7%

Jul 29: Meta earnings face the market's question.