Gaza selepas ini akan ditadbir Jawatankuasa Kebangsaan bagi Pentadbiran Gaza (NCAG).Gaza selepas ini akan ditadbir Jawatankuasa Kebangsaan bagi Pentadbiran Gaza (NCAG).

Kerajaan Gaza bubar badan pentadbiran bagi permudah peralihan kuasa

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
GazaPengerusi Jawatankuasa Kecemasan, Mohammed Abdul Khaleq al-Farra, serah surat peletakan jawatan, manakala Jawatankuasa Kecemasan dibubarkan secara rasmi bagi memudahkan peralihan pentadbiran. (Gambar EPA Images)

ISTANBUL: Kerajaan Gaza mengumumkan pembubaran Jawatankuasa Kecemasan serta peletakan jawatan pemangku pengerusi, sebagai sebahagian persiapan untuk memindahkan pentadbiran wilayah itu kepada Jawatankuasa Kebangsaan bagi Pentadbiran Gaza (NCAG), lapor Anadolu Ajansi (AA).

Pejabat Media Kerajaan Gaza dalam kenyataan, memberitahu pihaknya telah menyelesaikan pengaturan pentadbiran dan perundangan diperlukan bagi proses penyerahan sistem pemerintahan di Gaza.

Menurut kenyataan itu, persiapan berkenaan telah dibentangkan kepada pasukan kebangsaan yang mewakili puak-puak di Palestin dan kuasa politik, Jawatankuasa Tertinggi Kabilah dan Suku Kaum, serta organisasi masyarakat sivil, dengan disaksikan seorang pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kenyataan itu turut menyatakan pemangku ketua Jawatankuasa Susulan Kerajaan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecemasan, Mohammed Abdul Khaleq al-Farra, telah menyerahkan surat peletakan jawatannya, manakala Jawatankuasa Kecemasan dibubarkan secara rasmi bagi memudahkan peralihan pentadbiran itu.

NCAG menyifatkan pihaknya sebagai sebuah badan bukan politik yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal awam harian di wilayah berkenaan. Dianggotai oleh tokoh-tokoh nasional Palestin, jawatankuasa itu telah beroperasi dari Kaherah sejak pertengahan Januari lalu, namun masih belum memulakan tugasnya dari dalam Semenanjung Gaza.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Activate to Enjoy Special Perks

Activate to Enjoy Special PerksActivate to Enjoy Special Perks

Access 0 fees, premium support, and loss coverage.