Angka itu mencerminkan minat pelabur, kelulusan persekutuan, insentif cukai dan pelaksanaan di lapangan, bukan jumlah wang sudah dibelanjakan.Angka itu mencerminkan minat pelabur, kelulusan persekutuan, insentif cukai dan pelaksanaan di lapangan, bukan jumlah wang sudah dibelanjakan.

Pelaburan RM110 bilion Johor: Apa maknanya kepada rakyat?

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
causeway linkPakar berkata kedudukan Johor berhampiran Singapura, kos lebih rendah serta rangkaian pelabuhan dan logistik menjadikannya destinasi pelaburan menarik di Asia Tenggara.

PETALING JAYA: Johor menjadi tumpuan selepas mencatat pelaburan diluluskan berjumlah RM110 bilion, muncul sebagai negeri penerima pelaburan tertinggi di Malaysia bagi 2025 dan mengukuhkan daya tarikannya kepada pelabur.

Namun bagi rakyat Johor dan perniagaan tempatan, persoalan lebih penting ialah apakah makna sebenar angka itu buat mereka.

Pelaburan diluluskan

Ahli ekonomi Lee Heng Guie, yang juga pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Sosio-Ekonomi (SERC) berkata pelaburan diluluskan tidak seharusnya disamakan dengan wang yang sudah dibelanjakan.

Katanya, permohonan pelaburan daripada pelabur tempatan dan asing dikemukakan kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) untuk dinilai sebelum direkodkan sebagai pelaburan diluluskan.

Bagaimanapun, kelulusan hanya satu peringkat dalam proses pelaburan. Pelaksanaan sebenar mungkin berlaku kemudian.

“Pelabur masih perlu mencari tanah, melalui proses permohonan untuk mendapatkan kelulusannya, membina kilang, membawa masuk peralatan dan mesin, serta mula mengambil pekerja.

“Secara purata, ia boleh mengambil masa kira-kira 18 hingga 24 bulan dari tarikh sesuatu projek diluluskan sehingga ia beroperasi sepenuhnya, iaitu apa yang disebut sebagai pelaburan sebenar,” katanya.

Mengapa Johor menarik pelabur

Daya tarikan Johor tidak bergantung kepada satu faktor semata-mata.

Kedudukannya yang berhampiran Singapura, kos operasi lebih rendah, pelabuhan, rangkaian logistik dan akses kepada pasaran serantau menjadikan negeri selatan itu menarik kepada syarikat yang mencari pangkalan di Asia Tenggara.

Lee berkata Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) memberi momentum tambahan, manakala perubahan rantaian bekalan global dan strategi “China Plus One” — iaitu mempelbagaikan pengeluaran di luar China — turut menjadikan Malaysia lebih menarik kepada pelabur.

Pengarah Eksekutif Dewan Perniagaan British Malaysia (BMCC) Farhan Zamri pula berkata angka RM110 bilion itu wajar dilihat sebagai isyarat keyakinan yang besar terhadap Johor.

“Keputusan pelaburan jarang dibuat berdasarkan satu faktor sahaja. Perniagaan menilai keseluruhan persekitaran operasi sebelum membuat komitmen jangka panjang.

“Mereka mencari tanah perindustrian yang bersedia menerima pelaburan, bekalan utiliti mapan, pelabuhan dan logistik yang cekap, akses kepada tenaga mahir, dasar cukai kompetitif dan paling penting, kepastian dasar,” katanya.

Dasar persekutuan beri keyakinan

Farhan berkata dasar persekutuan, insentif cukai dan agensi seperti Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti), Mida serta Kementerian Kewangan memainkan peranan penting dalam membantu pelabur membuat komitmen di Johor.

Katanya, agensi persekutuan itu juga membantu mengekalkan keterbukaan ekonomi Malaysia melalui perjanjian perdagangan, peraturan mesra perniagaan dan dasar yang mengukuhkan peranan negara dalam rantaian bekalan global.

“Di peringkat lembaga pengarah, penjajaran dan sokongan persekutuan membawa lapisan keyakinan yang penting. Ia memastikan aset jangka panjang berpaksikan dasar nasional dan tidak terlalu terdedah kepada perubahan dasar setempat,” katanya.

Perjanjian JS-SEZ yang ditandatangani Malaysia dan Singapura pada 7 Jan 2025 memberi pelabur rangka kerja dasar Johor-Singapura yang jelas bagi sektor dan lokasi terpilih.

Rangka kerja itu disokong pakej insentif Kementerian Kewangan, termasuk kadar cukai korporat 5% bagi syarikat yang layak, kadar cukai 15% bagi pekerja berpengetahuan yang layak, serta pemudah cara melalui Pusat Fasilitasi Invest Malaysia Johor.

Belanjawan 2026 pula memperuntukkan RM3.4 bilion bagi infrastruktur berkaitan JS-SEZ, termasuk jalan raya, bekalan air, elektrik, jalur lebar dan tebatan banjir.

Kepentingan penyelarasan negeri–persekutuan

Farhan berkata penyelarasan antara kerajaan persekutuan dan pihak berkuasa Johor ‘amat penting’ kerana kedua-duanya memainkan peranan saling melengkapi untuk menukar pelaburan diluluskan kepada pelaburan yang benar-benar dilaksanakan.

Katanya, penyelarasan yang jelas dapat mengelakkan pertindihan tanggungjawab, mengurangkan kelewatan birokrasi dan mengelakkan pentadbiran menjadi berpecah-pecah.

Beliau berkata perkara itu penting kerana proses daripada kelulusan kepada operasi boleh mengambil masa satu hingga dua tahun, dan keyakinan pelabur perlu dikekalkan sepanjang tempoh berkenaan.

“Contoh utama Pusat Fasilitasi Invest Malaysia Johor (IMFC-J). Sebagai pusat sehenti yang menyeluruh, ia bekerjasama rapat dengan Invest Johor dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) untuk memperkemas proses pelaburan.

“Dengan mengurangkan tempoh kelulusan projek daripada tiga bulan kepada sebulan sahaja, inisiatif ini menyingkirkan halangan dasar dan menyediakan kelajuan operasi yang dijangka oleh pelabur korporat moden,” katanya.

Titik mula bagi PKS

Kevin Pang, ketua pegawai eksekutif AB Technology yang berpangkalan di Johor pula menyifatkan angka RM110 bilion itu sebagai titik permulaan.

Pang, yang juga pengasas Global Tech Nexus, berkata momentum pelaburan itu mencerminkan usaha berterusan kerajaan persekutuan dan Johor, bersama agensi seperti Mida dan Invest Johor, untuk membina persekitaran yang mampu menarik pelaburan berkualiti.

Namun, beliau berkata fasa seterusnya perbincangan tidak seharusnya hanya tertumpu kepada jumlah pelaburan yang mampu ditarik Johor.

Katanya, persoalan lebih penting ialah sejauh mana pelaburan itu akhirnya memberi manfaat kepada syarikat, pekerja dan usahawan Malaysia.

“Pertama ialah menarik pelaburan dan seterusnya menumpukan kepada penciptaan nilai Malaysia,” katanya.

Bagi PKS tempatan, ini bermakna pelaburan asing perlu dilihat sebagai peluang untuk membina keupayaan, bukan sekadar menunggu kontrak datang.

Katanya, pelabur asing tidak seharusnya dilihat sebagai pesaing, tetapi sebagai bakal pelanggan, rakan kongsi dan peluang pembelajaran untuk perniagaan Malaysia.

Jika PKS Malaysia mahu terlibat, mereka perlu menjadi sebahagian daripada ekosistem itu dengan meningkatkan keterlihatan, pensijilan, automasi, pendigitalan, pembiayaan, kepakaran teknikal dan pembangunan tenaga kerja.

“Pelaburan ialah pemangkin. Keupayaan ialah legasi jangka panjang,” katanya.

Market Opportunity
Bilibili (Ondo) Logo
Bilibili (Ondo) Price(BILION)
$17.8
$17.8$17.8
+1.13%
USD
Bilibili (Ondo) (BILION) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

You May Also Like

The changing face of elder care in Malaysia — Sayed Mohammad Reza Yamani Sayed Umar

The changing face of elder care in Malaysia — Sayed Mohammad Reza Yamani Sayed Umar

JULY 10 — An elderly society is becoming increasingly prevalent in Malaysia at present. It is projected that the p...
Share
Malaymail2026/07/10 15:24
Not a loophole: Singapore AI export controls let China tap US AI legally

Not a loophole: Singapore AI export controls let China tap US AI legally

American AI technology is reaching Chinese tech giants through a route that US export controls were never designed to close: Singapore. The city-state sits outside
Share
The Cryptonomist2026/07/10 14:46
CME Group to launch Solana and XRP futures options in October

CME Group to launch Solana and XRP futures options in October

The post CME Group to launch Solana and XRP futures options in October appeared on BitcoinEthereumNews.com. CME Group is preparing to launch options on SOL and XRP futures next month, giving traders new ways to manage exposure to the two assets.  The contracts are set to go live on October 13, pending regulatory approval, and will come in both standard and micro sizes with expiries offered daily, monthly and quarterly. The new listings mark a major step for CME, which first brought bitcoin futures to market in 2017 and added ether contracts in 2021. Solana and XRP futures have quickly gained traction since their debut earlier this year. CME says more than 540,000 Solana contracts (worth about $22.3 billion), and 370,000 XRP contracts (worth $16.2 billion), have already been traded. Both products hit record trading activity and open interest in August. Market makers including Cumberland and FalconX plan to support the new contracts, arguing that institutional investors want hedging tools beyond bitcoin and ether. CME’s move also highlights the growing demand for regulated ways to access a broader set of digital assets. The launch, which still needs the green light from regulators, follows the end of XRP’s years-long legal fight with the US Securities and Exchange Commission. A federal court ruling in 2023 found that institutional sales of XRP violated securities laws, but programmatic exchange sales did not. The case officially closed in August 2025 after Ripple agreed to pay a $125 million fine, removing one of the biggest uncertainties hanging over the token. This is a developing story. This article was generated with the assistance of AI and reviewed by editor Jeffrey Albus before publication. Get the news in your inbox. Explore Blockworks newsletters: Source: https://blockworks.co/news/cme-group-solana-xrp-futures
Share
BitcoinEthereumNews2025/09/17 23:55

Activate to Enjoy Special Perks

Activate to Enjoy Special PerksActivate to Enjoy Special Perks

Access 0 fees, premium support, and loss coverage.