Salleh Said Keruak berkata keputusan pilihan raya pada Sabtu ini boleh menjadi petunjuk penting kepada hala tuju politik menjelang PRU16.Salleh Said Keruak berkata keputusan pilihan raya pada Sabtu ini boleh menjadi petunjuk penting kepada hala tuju politik menjelang PRU16.

5 persoalan mungkin penentu keputusan PRN Johor, kata Salleh

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Undi Awal-Kem Tentera DaratSebanyak 64 pusat pengundian awal dibuka semalam bagi PRN Johor ke-16.

PETALING JAYA: Bekas ketua menteri Sabah Salleh Said Keruak berkata keputusan PRN Johor Sabtu ini berkemungkinan ditentukan oleh lima persoalan utama.

Dalam hantaran di Facebook, Bendahari Umno Sabah itu berkata persoalan pertama ialah sama ada penyokong PAS akan mematuhi arahan parti untuk mengundi calon Barisan Nasional (BN) di kerusi yang tidak ditandingi PAS.

Beliau berkata, sejauh mana pemindahan undi daripada penyokong PAS kepada BN boleh menjadi penentu di kerusi yang menyaksikan persaingan sengit.

Salleh turut mempersoalkan sama ada Parti Bersama Malaysia mampu mengurangkan atau memecahkan undi Pakatan Harapan (PH) di 15 kerusi yang ditandinginya, sambil berkata perubahan sokongan yang kecil sekali pun boleh mempengaruhi keputusan di kerusi panas.

Beliau berkata, faktor lain ialah sama ada kemunculan Parti Wawasan Negara yang dipimpin Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin, akan menjejaskan sokongan tradisi Perikatan Nasional (PN) dan Bersatu.

Menurutnya, kadar keluar mengundi juga akan memainkan peranan penting, khususnya keupayaan parti dan gabungan politik menggerakkan pengundi muda, pengundi luar yang pulang mengundi serta pengundi atas pagar.

Salleh berkata, persoalan terakhir ialah sama ada serangan peribadi sepanjang kempen akan memberi kesan lebih besar kepada pengundi berbanding isu seperti ekonomi, peningkatan kos sara hidup dan kestabilan politik.

“Jawapan kepada lima persoalan ini dijangka memberikan gambaran lebih jelas tentang faktor yang menentukan keputusan PRN Johor, di samping menjadi petunjuk penting kepada hala tuju politik menjelang PRU16,” katanya.

PRN Johor menyaksikan seramai 172 calon bertanding bagi merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), berbanding 239 calon pada PRN 2022.

BN dan PH bertanding di kesemua 56 kerusi, manakala PN bertanding di 33 kerusi.

PAS yang hanya bertanding di 11 kerusi telah menggesa penyokongnya supaya menyokong calon BN di kerusi yang tidak ditandingi PN.

Pada PRN Johor 2022, BN memenangi 40 kerusi, diikuti PH (12), PN (3) dan Muda (1).

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002524
$0.00002524$0.00002524
-0.98%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs