Mahkamah Tinggi berkata rasa tidak puas hati penerima manfaat dan komunikasi lemah tidak cukup jadi alasan untuk singkir pentadbir pusaka.Mahkamah Tinggi berkata rasa tidak puas hati penerima manfaat dan komunikasi lemah tidak cukup jadi alasan untuk singkir pentadbir pusaka.

Bekas MP Loh Gwo Burne kekal pentadbir harta pusaka bapa

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
loh gwo burneLoh Gwo Burne berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kelana Jaya dari 2008 hingga 2013. (Gambar fail)

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Kelana Jaya Loh Gwo Burne yang merakam video mencetuskan skandal mengatur pelantikan hakim VK Lingam, kekal sebagai pentadbir harta pusaka mendiang bapanya selepas Mahkamah Tinggi menolak saman adiknya untuk menyingkirkannya.

Pesuruhjaya Kehakiman, Moh Kok Wai berkata, walaupun pengurusan harta pusaka oleh Gwo Burne mempunyai beberapa kelemahan, plaintif gagal membuktikan wujud unsur ketidakjujuran, kegagalan menjalankan tanggungjawab amanah atau ketidakupayaan yang boleh menjadi alasan untuk menyingkirkan pentadbir yang dilantik melalui wasiat.

Hakim itu berkata, mahkamah menggunakan kuasa untuk menyingkirkan pentadbir pusaka secara berhati-hati kerana tindakan itu akan mengetepikan pilihan si mati terhadap individu yang menguruskan harta pusakanya.

“Sekadar perselisihan antara penerima manfaat, kelemahan pentadbiran atau hubungan kekeluargaan yang tegang adalah tidak mencukupi melainkan tindakan pentadbir itu menjejaskan harta pusaka atau menunjukkan ketidakjujuran, ketidakupayaan atau kegagalan menjalankan tanggungjawab amanah,” katanya dalam penghakiman yang dikeluarkan awal minggu ini.

Saman itu difailkan oleh Loh Gwo Fynne, anak bongsu daripada tiga beradik, yang mendakwa Gwo Burne gagal mentadbir harta pusaka mendiang bapa mereka, Loh Mui Fah, dengan sewajarnya.

Beliau mendakwa berlaku kelewatan berpanjangan, kegagalan menyediakan penyata akaun yang betul, penyembunyian maklumat, salah urus aset pusaka serta pelanggaran tanggungjawab fidusiari.

Gwo Fynne turut mendakwa abangnya gagal memaklumkan kepadanya dengan segera selepas memperoleh probet pada 2019, tidak menyediakan penyata bank atau rekod kewangan yang sewajarnya walaupun diminta berulang kali, serta membenarkan dana pusaka melalui akaun bank peribadi.

Gwo Burne menafikan sebarang salah laku, dengan menyatakan harta pusaka itu rumit, mempunyai liabiliti besar dan turut terjejas oleh tindakan undang-undang yang diarahkan oleh bapanya untuk diteruskan.

Beliau turut menyatakan gangguan akibat pandemik Covid-19 serta tindakan undang-undang berulang oleh adiknya menyebabkan proses pentadbiran pusaka semakin tertangguh.

Moh menerima bahawa Gwo Burne sepatutnya berkomunikasi secara lebih terbuka dengan penerima manfaat dan memaklumkan abangnya selepas probet diberikan.

Bagaimanapun, beliau berkata komunikasi yang lemah semata-mata tidak boleh dianggap sebagai ketidakjujuran atau salah laku.

“Mahkamah tidak mengambil kira sama ada pentadbiran itu dilakukan secara ideal, sebaliknya sama ada kelemahan tersebut menunjukkan tahap ketidakjujuran, ketidakupayaan atau kegagalan menjalankan tanggungjawab amanah yang boleh membenarkan tindakan drastik untuk menyingkirkan pentadbir,” katanya.

Walaupun menolak permohonan untuk menyingkirkan Gwo Burne sebagai pentadbir, hakim menegaskan bahawa pentadbir pusaka mempunyai tanggungjawab berterusan untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti kepada penerima manfaat.

Beliau berkata, harta pusaka itu telah berada di bawah pentadbiran selama beberapa tahun dan kemas kini berbentuk naratif sahaja tidak lagi mencukupi.

Moh memerintahkan Gwo Burne menyediakan akaun lengkap harta pusaka itu termasuk inventori aset yang disahkan, penyata liabiliti menyeluruh, rekod terperinci penerimaan dan perbelanjaan serta penyata bank berkaitan jika diperlukan.

Yong Yee Yen dan Roger Lo mewakili Gwo Fynne manakala Walston Wai dan Ramesh Ravichandran mewakili Gwo Burne.

Gwo Burne berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kelana Jaya dari 2008 hingga 2013.

Beliau mendapat mencetuskan perhatian selepas rakaman rahsianya mengenai Lingam yang didakwa mengatur pelantikan hakim kanan bersama seorang hakim kanan tersebar kepada umum pada 2007.

Kontroversi itu membawa kepada penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang mengemukakan beberapa cadangan, termasuk penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman bagi mencadangkan calon hakim untuk kenaikan pangkat.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs