Kerajaan kata tiada keperluan untuk melaksanakan peningkatan had umur persaraan buat masa ini.Kerajaan kata tiada keperluan untuk melaksanakan peningkatan had umur persaraan buat masa ini.

Had umur persaraan penjawat awam kekal 60 tahun

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
penjawat awamHad umur persaraan bagi penjawat awam dikekalkan pada usia 60 tahun. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kerajaan membuat keputusan untuk mengekalkan had umur persaraan bagi penjawat awam pada usia 60 tahun.

Perkara itu diumumkan jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil, seusai mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

“Kerajaan telah memutuskan bahawa tiada keperluan untuk melaksanakan peningkatan had umur persaraan buat masa ini,” menurut kenyataan.

Pada Mei tahun lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said mencadangkan kepada kerajaan supaya mengkaji pelanjutan umur persaraan kepada 65 tahun, memandangkan ramai individu masih aktif walaupun mencecah usia 60-an.

Tahun sebelum itu, dilaporkan rakyat berusia 60 dan ke atas mewakili 11.1% populasi, dan dijangka meningkat kepada 15% menjelang 2030, menjadikan Malaysia sebagai negara menua.

Pada 2014, Malaysia menaikkan had umur persaraan kepada 60 melibatkan sektor awam dan swasta, masing-masing meningkat daripada 58 dan 55. Langkah itu bertujuan menyediakan sokongan kewangan untuk warga emas sambil menggalakkan hari tua yang sihat dan aktif.

Caruman LINDUNG 24 Jam tidak lagi mandatori

Sementara itu, Jemaah Menteri memutuskan caruman bagi Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (LINDUNG 24 Jam) tidak lagi bersifat mandatori.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim membangkitkan maklum balas berhubung pelaksanaan caruman sebanyak 0.75% daripada gaji pekerja
bagi skim bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial itu, dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

“Jemaah Menteri hari ini telah memutuskan bahawa caruman tersebut tidak lagi bersifat mandatori, sebaliknya dilaksanakan secara sukarela, berkuat kuasa serta-merta,” menurut kenyataan.

Kementerian Sumber Manusia akan menerbitkan kenyataan lanjut berhubung keputusan ini, katanya.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0,00001719
$0,00001719$0,00001719
+14,67%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs