Menteri Sumber Manusia R Ramanan berkata skim berkenaan terus dilaksanakan untuk pekerja asing mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.Menteri Sumber Manusia R Ramanan berkata skim berkenaan terus dilaksanakan untuk pekerja asing mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Lindung 24 Jam kekal mandatori untuk pekerja asing

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
foreign workersKementerian Sumber Manusia akan meneliti semula mekanisme pelaksanaan skim Lindung 24 Jam menjelang penghujung tahun.(Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kementerian Sumber Manusia menjelaskan bahawa caruman bagi skim Lindung 24 Jam Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kekal mandatori bagi pekerja asing.

Penjelasan itu dibuat selepas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa Kabinet telah memutuskan caruman berkenaan dilaksanakan secara sukarela dan bukan lagi mandatori, berkuat kuasa serta-merta.

“Caruman Skim Lindung 24 Jam kekal mandatori bagi pekerja asing dan akan terus dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada,” kata Menteri Sumber Manusia R Ramanan dalan kenyataan.

Beliau berkata, keputusan itu membolehkan pekerja tempatan memilih sama ada mahu mencarum dalam skim tersebut berdasarkan keperluan dan keadaan masing-masing. Perkeso akan mengumumkan mekanisme pelaksanaan serta proses penyertaan secara sukarela dalam masa terdekat.

“Kementerian akan meneliti semula mekanisme pelaksanaan skim ini menjelang penghujung tahun. Ini termasuk aspek hala tuju dasar, keberkesanan pelaksanaan serta kemampanan dana bagi memastikan skim ini kekal mampan dan memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Ramanan turut berkata, sekiranya diperlukan, hasil kajian itu akan dibentangkan di Parlimen bersama cadangan pindaan terhadap Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

Fahmi semalam berkata keputusan menjadikan skim berkenaan sukarela bagi pekerja tempatan dimuktamadkan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu, selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim membangkitkan maklum balas awam yang diterimanya berhubung pelaksanaan skim tersebut.

Diperkenalkan bulan lalu, Lindung 24 Jam dibiayai sepenuhnya oleh pekerja, berbeza dengan model tradisional Perkeso yang kebanyakannya dibiayai oleh majikan. Kadar caruman bermula pada 0.75% daripada gaji bulanan, meningkat kepada 1% pada tahun ketiga dan 1.25% mulai tahun keenam.

Bagi pekerja yang menerima gaji antara RM3,000 hingga RM5,000 sebulan, jumlah caruman Perkeso adalah antara RM22.50 hingga RM37.50 sebulan, yang akan dipotong terus daripada gaji.

Majikan akan membuat bayaran kepada Perkeso bersama caruman bulanan lain seperti biasa, membolehkan pekerja yang layak menerima perlindungan tanpa perlu mengambil polisi berasingan.

Lindung 24 Jam menawarkan perlindungan standard kepada semua pencarum tanpa mengira umur selagi mereka masih bekerja, berbanding manfaat yang berbeza mengikut terma polisi dan tahap perlindungan individu.

Market Opportunity
Cardano Logo
Cardano Price(ADA)
$0.1669
$0.1669$0.1669
+0.24%
USD
Cardano (ADA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs