Presiden PAS berkata keadaan itu boleh menjejaskan kuasa politik umat Islam jika pengundi Melayu tidak menunaikan tanggungjawab pada PRN Johor.Presiden PAS berkata keadaan itu boleh menjejaskan kuasa politik umat Islam jika pengundi Melayu tidak menunaikan tanggungjawab pada PRN Johor.

Hadi bimbang NGO gerakkan pengundi Cina, gesa Melayu keluar mengundi

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
abdul hadi awangHadi Awang gesa semua pengundi Melayu mengundi pada PRN Johor, Sabtu ini.

BAKRI: Presiden PAS Hadi Awang bimbang terhadap laporan 134 NGO masyarakat Cina menggerakkan pengundi komuniti itu pulang mengundi pada PRN Johor.

Beliau berkata keadaan itu boleh memberi kesan kepada kuasa politik umat Islam sekiranya masyarakat Melayu tidak menunaikan tanggungjawab keluar mengundi, Sabtu ini.

“Saya risau apabila membaca dalam media bahawa 134 NGO pertubuhan Cina menggerakkan masyarakat Cina untuk pulang mengundi, sedangkan ramai orang Melayu tidak keluar mengundi.

“Ada yang tidak mengundi kerana hendak menunaikan umrah,” katanya selepas kempen Grand Finale Perikatan Nasional (PN) sempena PRN Johor di Simpang Jeram.

Semalam, media melaporkan sebanyak 134 persatuan Cina termasuk Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), mengeluarkan kenyataan bersama menggesa pengundi Johor dan Negeri Sembilan pulang mengundi.

Selain KLSCAH, kenyataan bersama itu turut ditandatangani termasuk Dong Zong (Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia), Jiao Zong (Persekutuan Persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia), Merdeka University Berhad (MUB), pelbagai dewan perhimpunan Cina negeri, Pusat Kajian Cina Malaysia (CMCS), serta Yayasan Kebudayaan LLG.

Hadi turut mengimbas kembali kerjasama PAS dengan DAP dan PKR sebelum ini, yang menurutnya dibuat atas asas menentang rasuah, penyelewengan, ISA dan beberapa dasar kerajaan pusat ketika itu.

Namun, katanya, PAS akhirnya berpisah dengan DAP kerana parti itu didakwa mahu PAS mengetepikan perjuangan menegakkan negara Islam.

“Apabila DAP meminta PAS mengetepikan perjuangan menegakkan negara Islam dan tidak lagi menyebut mengenainya, perkara itu tidak dapat kami terima.

“Apabila kita mahu menghalang arak dan judi di Kelantan, DAP membantah. Padahal, Perlembagaan Malaysia menyatakan hukum Islam dikenakan kepada orang Islam sahaja, manakala orang bukan Islam tidak dikenakan,” katanya.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Activate to Enjoy Special Perks

Activate to Enjoy Special PerksActivate to Enjoy Special Perks

Access 0 fees, premium support, and loss coverage.