Kali terakhir Bank Negara melaras OPR pada Julai 2025, dengan menurunkan kadar itu daripada 3% sebagai langkah berjaga-jaga untuk menyokong pertumbuhan ekonomi daripada tekanan luaran.
PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75%.
Kali terakhir BNM melaras OPR pada Julai 2025, dengan menurunkan kadar itu daripada 3% sebagai langkah berjaga-jaga untuk menyokogn pertumbuhan ekonomi daripada tekanan luaran.
BNM berkata, OPR semasa wajar dan konsisten dengan prospek kestabilan harga berterusan serta pertumbuhan ekonomi mampan.
Katanya, pengembangan kukuh sektor teknologi global, selain keadaan bekalan dan harga komoditi semakin baik menunjukkan pertumbuhan global berdaya tahan.
Menurutnya, konflik di Timur Tengah yang terus reda akan menambah baik keadaan ekonomi.
“Bagi Malaysia, perkembangan terkini menunjukkan pertumbuhan berdaya tahan pada suku kedua, didorong permintaan dalam negeri yang mampan dan prestasi eksport lebih kukuh daripada jangkaan.
“Konflik di Timur Tengah yang masih tidak menentu boleh mempengaruhi prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri, tetapi asas Malaysia yang kukuh akan terus menyokong daya tahan ekonomi negara bagi menghadapi kejutan luaran,” katanya dalam kenyataan.
Jelasnya, inflasi keseluruhan dan teras dari Januari hingga Mei lalu masing-masing pada purata 1.7% serta 2.1%, selaras jangkaannya.
Walaupun perkembangan di Timur Tengah masih berubah-ubah, BNM menjangkakan sebarang kesan terhadap inflasi akan kekal terkawal.
“MPC akan terus memantau perkembangan semasa dan menilai imbangan risiko berhubung dengan prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.”

