Presiden Parti Wawasan Negara berkata pindaan undang-undang parti itu turut disahkan JPPM berkuatkuasa 6 Julai lalu.Presiden Parti Wawasan Negara berkata pindaan undang-undang parti itu turut disahkan JPPM berkuatkuasa 6 Julai lalu.

JPPM dah lulus tukar nama, logo Wawasan, kata Hamzah

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
hamzah zainudinPresiden Parti Wawasan Negara (Wawasan) Hamzah Zainudin berkata jumlah kerusi yang akan ditandingi parti itu dalam PRN Negeri Sembilan akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat Perikatan Nasional. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan) Hamzah Zainudin mengesahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) telah meluluskan pertukaran nama, logo, dan pindaan undang-undang parti itu.

Hamzah berkata, kelulusan tersebut berkuat kuasa 6 Julai lalu dan dimaklumkan melalui surat rasmi daripada Ketua Pengarah JPPM, Zulfikar Ahmad bertarikh 7 Julai.

Menurutnya, kelulusan itu melibatkan empat perkara utama termasuk penukaran nama, alamat, pindaan undang-undang di bawah Seksyen 11, serta kebenaran menggunakan bendera dan lambang parti di bawah Seksyen 50 Akta Pertubuhan 1966.

“Sebelum ini, apa yang kita gunakan adalah berdasarkan keputusan mesyuarat agung luar biasa parti, jadi ia tidak salah cuma baru sekarang mendapat pengesahan rasmi,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi parti hari ini.

Tambahnya, jumlah keahlian rasmi yang mendaftar awal dijadualkan akan diumumkan secara terperinci pada 2 Ogos depan.

Wawasan adalah penjenamaan semula Parti Cinta Malaysia yang diluluskan dalam mesyuarat khas perwakilan sebelum ini.

Sebeluam ini, Parti Sedar Rakyat Sarawak (Sedar) mendakwa mereka telah meluluskan pindaan untuk menukar nama parti kepada Parti Wawasan Rakyat, sekaligus berpotensi menimbulkan isu dengan parti baharu Hamzah itu.

Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata penglibatan parti itu dalam PRN Negeri Sembilan akan diputuskan selepas mesyuarat rasmi bersama jawatankuasa pusat Perikatan Nasional (PN).

Katanya, mesyuarat itu akan memperincikan jumlah kerusi dan calon parti itu yang akan bertanding.

“Secara amnya, kita sudah pun memulakan perbincangan dengan mereka. Cuma saya tidak boleh mengesahkan sehinggalah kita mengadakan mesyuarat sebenar dalam PN.

“Saya bukan seorang yang gemar membuat pengumuman (kerusi dan calon) terlalu awal sebelum mendapat persetujuan rasmi daripada konsensus jawatankuasa gabungan,” katanya.

Hari pengundian PRN Negeri Sembilan ditetapkan pada 1 Ogos, manakala hari penamaan calon ialah pada 18 Julai dan pengundian awal akan berlangsung pada 28 Julai.

Market Opportunity
Particle Network Logo
Particle Network Price(PARTI)
$0,04432
$0,04432$0,04432
-12,94%
USD
Particle Network (PARTI) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs