Timbalan presiden PAS itu berkata taktik menakut-nakutkan menunjukkan lawan tidak yakin dapat memenangi hati pengundi menggunakan hujah kukuh.Timbalan presiden PAS itu berkata taktik menakut-nakutkan menunjukkan lawan tidak yakin dapat memenangi hati pengundi menggunakan hujah kukuh.

Gelombang hijau cetus ‘gelisah’ PH-DAP, kata Tuan Ibrahim

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Tuan Ibrahim bin Tuan ManTuan Ibrahim Tuan Man berkata dakwaan DAP bahawa PAS mengancam masyarakat bukan Melayu di Johor melucukan kerana parti itu hanya bertanding di 11 daripada 56 kerusi dalam PRN Sabtu ini.

PETALING JAYA: Usaha Pakatan Harapan (PH) dan DAP untuk menyematkan ketakutan dalam kalangan pengundi bukan Melayu di Johor, dengan memomokkan ‘ancaman gelombang hijau’ menunjukkan kegelisahan mereka, kata Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan presiden PAS itu berkata, PH mengitar semula strategi sama digunakan dalam PRN enam negeri tiga tahun lalu, apabila melabelkan parti Islam itu serta Perikatan Nasional (PN) sebagai ancaman terhadap kehidupan pelbagai kaum, kebebasan beragama, dan masa depan negara.

“Apabila kempen mula bergantung kepada sentimen takut, ia sering menggambarkan satu perkara, parti berkenaan kurang yakin dengan kekuatan tawaran dasar, rekod prestasi dan keupayaan meyakinkan rakyat melalui hujah yang rasional,” katanya dalam kenyataan.

Tuan Ibrahim juga berkata, sekiranya DAP dan PH mahu pengundi menolak PAS atas dasar polisi, tadbir urus, ekonomi atau pendekatan pentadbiran, mereka wajar berhujah di atas garis itu.

Katanya, seruan kepada pengundi bukan Melayu supaya keluar menolak ‘gelombang hijau’ sering disusun dalam bahasa yang membayangkan seolah-olah kemenangan PAS akan mengancam cara hidup mereka.

“Lebih menghairankan, pihak yang sering mendakwa menolak politik 3R kelihatan sangat selesa menggunakan keresahan kaum dan agama apabila berdepan PAS.”

3R adalah isu melibatkan kaum, agama dan institusi Diraja.

Tuan Ibrahim menyifatkan sebagai melucukan apabila DAP mendakwa bahawa PAS boleh menjadi ancaman kepada masyarakat bukan Islam malah tidak berpijak pada realiti angka, memandangkan PAS hanya bertanding di 11 daripada 56 kerusi dalam PRN Sabtu ini.

PN yang dianggotai PAS menyasarkan 33 kerusi dalam PRN itu.

“Dengan jumlah kerusi yang ditandingi PAS, adalah tidak munasabah untuk menggambarkan PAS seolah-olah berada di ambang mengambil alih kerajaan negeri secara bersendirian dan mengubah keseluruhan wajah Johor,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata, politik matang sepatutnya mendidik rakyat untuk berbeza pendapat secara aman, bukan menanam rasa curiga antara kaum dan agama.

“Politik ketakutan mungkin boleh mencetuskan panik sementara, tetapi dalam jangka panjang ia merosakkan kepercayaan rakyat kepada proses demokrasi,” katanya.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00001786
$0.00001786$0.00001786
+19.14%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs