Pilihan raya itu jadi medan ujian kekuatan gabungan parti, sentimen pengundi serta kemampuan penyandang menepis cabaran di sebalik kebimbangan terhadap kos saraPilihan raya itu jadi medan ujian kekuatan gabungan parti, sentimen pengundi serta kemampuan penyandang menepis cabaran di sebalik kebimbangan terhadap kos sara

8 kerusi panas jadi tumpuan PRN Johor

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
LIST 8 DUN PANASPersaingan merebut undi pada PRN Johor Sabtu ini mungkin berakhir dengan persaingan sengit di sekurang-kurangnya lapan kerusi.

PETALING JAYA: Dengan tempoh berkempen sampai ke penghujung, tumpuan kini beralih sama ada PRN Johor sekadar status quo atau menyaksikan kejutan besar.

Persaingan itu bukan sekadar berkait kawalan terhadap DUN, malah menjadi ujian kepada kekuatan gabungan parti, sentimen pengundi serta kemampuan penyandang menepis pencabar dan muka baharu di sebalik kebimbangan terhadap kos sara hidup dan rungutan setempat.

Sebahagian besar daripada naratif itu akan ditentukan di lapan kerusi tumpuan utama yang menjadi medan pertempuran sengit.

Azmi HassanAzmi Hassan.

Penganalisis politik Azmi Hassan dari Akademi Nusantara, Chin Yee Mun dari Universiti Tunku Abdul Rahman, dan Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, memberikan pandangan serta penilaian mereka mengenai ke mana arah tumpuan kemenangan bagi kerusi berkenaan.

Bukit Kepong

Dr Sahruddin Jamal daripada PN bertanding untuk penggal ketiga berturut-turut di Bukit Kepong, selepas menang kerusi itu pada 2018 dan mengekalkannya dengan majoriti tipis, pada 2022.

Beliau pernah berkhidmat sebagai menteri besar Johor dari April 2019 sehinggalah Februari 2020, apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang susulan Langkah Sheraton.

Chin Yee MunChin Yee Mun.

Beliau digantikan oleh Hasni Mohammad daripada BN, yang membentuk kerajaan negeri dengan sokongan 28 Adun, termasuk daripada PAS. Sahruddin berdepan tentangan daripada C Subramani daripada PH dan Ahmad Syar’e Yusof daripada BN, pada PRN Johor Sabtu ini.

Ramalan penganalisis:

Azmi: BN
Syaza: PN
Chin: BN

Bukit Pasir

Calon PH daripada Amanah, Najib Lep, sekali lagi cuba merampas semula Bukit Pasir selepas kehilangan kerusi itu pada 2022, apabila beliau bertanding sebagai calon bebas dalam persaingan lima penjuru.

PAS bertindak memecatnya kerana bertindak mencabar calon parti itu, Nur Iqbal Abd Razak.

Syaza Shukri.Syaza Shukri.

Fazli Salleh daripada BN seterusnya menang kerusi itu dengan majoriti tipis. Sebelum itu, Najib menang Bukit Pasir pada 2018 di bawah Gagasan Sejahtera ketika mewakili PAS. Beliau akan berdepan tentangan daripada Fazli dan Idzhar Nasirrudin daripada PN.

Ramalan penganalisis:

Azmi: BN
Syaza: PH
Chin: BN

Tangkak

Tangkak dijangka menyaksikan pertembungan sengit satu lawan satu antara penyandang tiga penggal, Ee Chin Li daripada PH, dan Haw Chin Teck daripada MCA-BN.

Ee menguasi kerusi tersebut sejak 2013, selepas beliau menumbangkan calon MCA-BN, yang sebelum itu menganggap kawasan berkenaan sebagai kubu kuat mereka sejak sekian lama.

Komposisi pengundi di kawasan berkenaan terdiri 46.7% pengundi Cina, 41.2% Melayu, 9.9% India, dan 2.2% lain-lain.

Ramalan penganalisis:

Azmi: PH
Syaza: PH
Chin: BN

Simpang Jeram

Nazri Abdul Rahman daripada PH-Amanah menang Simpang Jeram pada PRK 2023 berikutan kematian penyandang yang juga Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.

BN tidak bertanding merebut kerusi tersebut bagi memberi laluan kepada PH atas semangat kerajaan Madani.

Pilihan raya pada Sabtu ini akan menguji kekuatan PH. Nazri akan mempertahankan kerusi itu menentang Ainie Haziqah Shafii daripada Muda, Azman Ismail daripada BN, dan Arshed Yahya @ Awang daripada PN.

Ramalan penganalisis:

Azmi: PH
Syaza: PH
Chin: PN

Senggarang

Senggarang menyaksikan persaingan tiga penjuru antara Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar daripada PH, bekas timbalan speaker Dewan Rakyat, Rashid Hasnon mewakili PN, dan penyandang, Yusla Ismail daripada BN.

Yusla menang kerusi itu dengan majoriti selesa 3,912 undi pada PRN 2022.

Senggarang merupakan kawasan pilihan raya majoriti Melayu, dengan pengundi Melayu membentuk 61.8%, diikuti oleh Cina (34.9%), India (0.7%), dan lain-lain (2.6%).

Ramalan penganalisis:

BN menang

Endau

Alwiyah Talib bertanding untuk penggal ketiga di Endau selepas menang kerusi itu mewakili BN pada 2018 dan mengekalkannya di bawah PN bersama Bersatu pada 2022.

Beliau meninggalkan Umno untuk menyertai Bersatu selepas BN hilang kuasa di peringkat persekutuan pada PRU14, namun kembali semula ke parti itu awal Jun lalu, dan kini bertanding di bawah BN.

Beliau berdepan tentangan Saiful Nizam Samat daripada PH, Hasnul Hakimi Hussein daripada PN, dan Jati Awang daripada Parti Orang Asli Malaysia, yang membuat penampilan sulung pada pilihan raya.

Pengundi di Endau terdiri 80.1% Melayu, 13.4% Cina, 4.6% Orang Asli, 0.7% India, dan lain-lain.

Ramalan penganalisis:

BN menang

Puteri Wangsa

Presiden Muda Amira Aisya Abdul Aziz menang Puteri Wangsa pada 2022 apabila parti itu berpakat dengan PH untuk PRN Johor dan PRU pada akhir tahun sama.

Beliau tidak mempertahankan kerusi berkenaan di sebalik spekulasi sedang bersiap sedia untuk bertanding di kerusi Parlimen pada PRU akan datang.

Muda mempertaruhkan calon berusia 26 tahun, Rashifa Aljunied untuk mempertahankan kerusi itu menentang bekas menteri pendidikan daripada PH, Maszlee Malik, Teow Chia Ling daripada BN, Nicholas Paul Vincent daripada Parti Bersama Malaysia, dan calon bebas, Wang Wee Siong.

Ramalan penganalisis:

Azmi: PH
Syaza: PH
Chin: BN

Skudai

Penyandang kerusi Skudai daripada DAP, Marina Ibrahim, menang kerusi tersebut pada 2022 dengan majoriti 13,943 undi, namun tidak bertanding semula selepas mengumumkan persaraannya daripada arena politik pada Mei lalu.

Katanya, beliau telah hilang kepercayaan terhadap politik susulan pendirian DAP berhubung penahanan bekas perdana menteri, Najib Razak, namun dakwaan itu dinafikan Setiausaha Agung Loke Siew Fook.

J Kartiyaini Jeyapalan daripada PH akan berdepan tentangan Tang Hiang Kee daripada BN, Amir Syafiq Ameer Soekre daripada Parti Sosialis Malaysia, dan Eugene Chua daripada Bersama, ketika gabungan itu berusaha untuk mengekalkan kerusi majoriti Cina berkenaan.

Ramalan penganalisis:

PH menang

Market Opportunity
Particle Network Logo
Particle Network Price(PARTI)
$0.04773
$0.04773$0.04773
-6.24%
USD
Particle Network (PARTI) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs