Mesyuarat itu dilaporkan akan membincangkan hubungan Bersatu dengan PAS, serta persiapan PRN Johor dan Negeri Sembilan.Mesyuarat itu dilaporkan akan membincangkan hubungan Bersatu dengan PAS, serta persiapan PRN Johor dan Negeri Sembilan.

Lebih 200 berhimpun untuk Muhyiddin menjelang mesyuarat Bersatu

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Kira-kira 200 ahli Bersatu menyambut Presiden Muhyiddin Yassin dengan laungan ‘Hidup Bersatu’ dan ‘Hidup Abah’ semasa beliau memasuki bangunan Yayasan Selangor.

PETALING JAYA: Kira-kira 200 ahli dan penyokong Bersatu berhimpun untuk Presiden Muhyiddin Yassin semasa beliau tiba untuk mesyuarat majlis pimpinan tertinggi di ibu pejabat.

Mereka menyambut Muhyiddin dengan laungan ‘Hidup Bersatu’ dan ‘Hidup Abah’ semasa beliau memasuki bangunan Yayasan Selangor pada kira-kira jam 8 malam.

Setiausaha Agung Azmin Ali, Naib Presiden Ahmad Faizal Azumu dan Radzi Jidin, Ketua Pemuda Hilman Idham, serta Ketua Penerangan Tun Faisal Ismail Aziz kelihatan memasuki bangunan.

Mesyuarat dilaporkan akan membincangkan persiapan menghadapi pilihan raya negeri Johor dan Negeri Sembilan, serta hubungan Bersatu dengan PAS.

Awal hari ini, Faizal berkata Bersatu mula menyelaraskan jentera untuk Johor bersama rakan sekutu dalam Perikatan Nasional (PN) dan Ikatan Prihatin Rakyat (IPR), biarpun PN belum mengadakan mesyuarat untuk membincangkan pilihan raya yang dijadualkan pada 11 Julai.

Mesyuarat ini juga diadakan di tengah-tengah ketidaktentuan mengenai kedudukan Bersatu dalam PN, selepas PAS mengumumkan pada 8 Jun bahawa ia menamatkan kerjasama politik dengan parti itu.

Bendahari PAS Iskandar Abdul Samad berkata Bersatu sepatutnya memahami realiti politik dalam Perikatan Nasional (PN) selepas PAS membuat keputusan untuk tidak lagi bekerjasama.

Beliau berkata realiti politik semasa menunjukkan Bersatu sukar untuk terus berfungsi secara berkesan dalam gabungan berkenaan.

Hadi dan Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar kedua-duanya menyatakan bahawa terpulang kepada Bersatu untuk memutuskan sama ada mahu kekal dalam PN atau meninggalkan gabungan tersebut.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel