Bagaimanapun, Presiden Berjasa, Zamani Ibrahim berkata jumlah itu masih tertakluk rundingan dengan PAS.Bagaimanapun, Presiden Berjasa, Zamani Ibrahim berkata jumlah itu masih tertakluk rundingan dengan PAS.

Berjasa mahu tanding 15 kerusi di PRN N Sembilan

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Presiden Berjasa, Zamani Ibrahim berkata parti itu juga sudah mengenalpasti kerusi DUN yang bakal ditandingi serta calon-calon yang akan dipilih bagi mewakili parti itu. (Gambar Wikipedia)

PETALING JAYA: Berjasa menyasarkan untuk bertanding di 15 kerusi DUN pada PRN Negeri Sembilan namun jumlah itu masih tertakluk pada rundingan dengan PAS dan parti lain yang menjalinkan kerjasama dengan mereka.

Presiden Berjasa, Zamani Ibrahim berkata parti itu juga sudah mengenalpasti kerusi DUN yang bakal ditandingi serta calon-calon yang akan dipilih bagi mewakili parti itu nanti, lapor Sinar Harian.

“Perkara yang lebih penting ialah memastikan tidak berlaku pertindihan kerusi antara Berjasa dengan parti-parti yang menjalin kerjasama.

“Kita tidak mahu bertanding dalam keadaan kita banyak memecahkan undi. Tapi kami sasarkan 15 kerusi DUN dan setelah dipersetujui bersama rakan-rakan parti lain, itulah keputusannya,” katanya yang dipetik sebagai berkata.

Zamani berkata Berjasa akan akan memberi keutamaan kepada pemimpin dan ahli Berjasa sendiri untuk dipilih sebagai calon dalam pilihan raya tersebut.

“Kita mempunyai ramai tokoh dalam parti, termasuk doktor, jurutera, pesara kerajaan, golongan profesional dan agamawan yang berwibawa untuk diketengahkan sebagai calon,” katanya yang memberitahu beliau juga akan bertanding dalam PRN itu.

Berkenaan logo yang akan digunakan Berjasa pada PRN, Zamani berkata ia akan diputuskan selepas berunding dengan PAS.

Zamani turut memaklumkan Berjasa tidak akan meletakkan calon di PRN Johor sebaliknya akan memberi tumpuan membantu gerak kerja pilihan raya melalui jentera di sana.

PRN Johor dijadualkan 11 Julai depan manakala, 1 Ogos untuk pengundian di Negeri Sembilan.

Get Covered, Share 1M USDT

Get Covered, Share 1M USDTGet Covered, Share 1M USDT

Higher VVIP tiers, higher compensation odds.

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Record Ads, Stock Down 7%

Record Ads, Stock Down 7%Record Ads, Stock Down 7%

Jul 29: Meta earnings face the market's question.