Dua lelaki diculik di Kelantan sebelum dilarikan ke Thailand akibat saudara tidak membayar hutang berjumlah RM33,000.Dua lelaki diculik di Kelantan sebelum dilarikan ke Thailand akibat saudara tidak membayar hutang berjumlah RM33,000.

Culik 2 lelaki di Kelantan dan bawa ke Thailand, suspek ditahan di Terengganu

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Ketua Polis Kelantan Yusoff Mamat berkata polis giat memburu seorang lagi suspek dikenali Hamzah yang berusia 40 tahun. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang daripada dua suspek yang mendalangi kes culik dua lelaki di Kelantan sebelum melarikan mereka ke Thailand 6 Jun lalu, ditahan di Terengganu.

Suspek berusia 32 tahun itu ditahan di Terengganu dan dibawa ke Kelantan untuk perintah tahanan reman.

Ketua Polis Kelantan, Yusoff Mamat, berkata polis giat memburu seorang lagi suspek dikenali Hamzah yang berusia 40 tahun.

“Sebelum ini, kita jangkakan suspek melarikan diri ke Thailand, namun bersembunyi di Terengganu sebelum ditahan di negeri berkenaan,” katanya menurut Berita Harian.

Media melaporkan dua lelaki diculik di Tumpat dan Pasir Mas pada 6 Jun lalu akibat saudara tidak membayar hutang berjumlah RM33,000 dipercayai kes dadah serta penyeludupan pendatang asing tanpa izin.

Dua mangsa berusia 51 dan 35 tahun itu ditemui polis Thailand di Mundok dua hari kemudian, sebelum dibawa pulang.

Dua mangsa, termasuk lelaki 51 tahun yang mempunyai 24 rekod jenayah itu, diculik kononnya untuk dijadikan ‘cagaran’ kepada peminjam yang juga saudara mereka.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order