Kumpulan perniagaan dan pakar ekonomi setuju perkhidmatan rel baharu itu berpotensi menarik pengunjung membeli-belah, makan di Klang.Kumpulan perniagaan dan pakar ekonomi setuju perkhidmatan rel baharu itu berpotensi menarik pengunjung membeli-belah, makan di Klang.

LRT3 buka peluang, rangsang perniagaan kecil

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
lrt3 fmtPengembara kini mempunyai pilihan lain bagi perjalanan antara Petaling Jaya dan Klang memandangkan perkhidmatan LRT3 sudah beroperasi sepenuhnya.

PETALING JAYA: Perniagaan kecil sepanjang laluan LRT3 antara Petaling Jaya dan Klang dijangka mendapat rangsangan susulan pembukaan perkhidmatan rel itu, menurut kumpulan perniagaan dan pakar ekonomi.

Presiden PKS Malaysia, Chin Chee Seong, berkata berdasarkan trend sepanjang laluan LRT lain di Lembah Klang, perniagaan berkemungkinan merekodkan peningkatan hasil susulan lebih ramai pengguna melaluinya.

Chin Chee SeongChin Chee Seong.

Memetik Klang sebagai contoh, Chin berkata bandar diraja itu mempunyai pelbagai tarikan beli-belah dan tempat makan, tetapi orang ramai tidak gemar memandu ke situ disebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

“LRT3 akan memainkan peranan penting (dalam merangsang perniagaan di sana),” katanya kepada FMT.

“Kini lebih mudah untuk orang ramai dari luar Klang ke sana. Mereka tidak perlu merisaukan keadaan lalu lintas atau mencari tempat meletak kereta.”

Chin berkata, rangkaian rel juga memudahkan perniagaan di kawasan sekitar mengambil pekerja.

Katanya, ada pekerja yang menolak peluang pekerjaan disebabkan lokasi terlalu jauh atau sukar dicapai tanpa pengangkutan awam.

“Dengan LRT3, pekerja akan mempunyai lebih banyak pilihan. Ini akan membuka peluang pekerjaan untuk PKS khususnya di barat Lembah Klang. Ini memang baik untuk mobiliti tenaga kerja,” katanya.

LRT3 atau rasmi dikenali sebagai LRT laluan Shah Alam sepanjang 37.8km menghubungkan Bandar Utama di Petaling Jaya, melalui Shah Alam, ke Klang. Terdapat 25 stesen di sepanjangnya, dengan 20 sudah beroperasi manakala selebihnya bakal menyusul.

Afzanizam Abdul RashidAfzanizam Abdul Rashid.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat, Afzanizam Rashid, berkata LRT3 berpotensi mengukuhkan ekonomi Klang dengan membaiki kebolehcapaian.

“Stesen LRT juga boleh dilihat sebagai aset hartanah kerana menyediakan ruang runcit,” katanya.

Bagaimanapun, Afzanizam berkata koordinasi antara kerajaan persekutuan dan negeri, serta pihak berkuasa tempatan dan pengendali pengangkutan adalah penting. Menurutnya, tanpa perancangan secara berintegrasi, pulangan ekonomi daripada LRT3 mungkin tidak mencapai potensi sepenuhnya.

Beliau berkata, perkhidmatan rel hanya satu aspek ekosistem berkenaan.

“Penyambungan pada jarak pertama dan terakhir sama pentingnya. Pengguna sewajarnya dapat melalui perjalanan antara stesen dengan kediaman atau tempat kerja dengan mudah.

“Ini bererti keutamaan mesti diberikan terhadap membaiki perkhidmatan bas pengantara, menyediakan laluan pejalan kaki, infrastruktur basikal, serta kemudahan pandu dan rantau.

Katanya, kerajaan juga boleh menggalakkan pembangunan berorientasikan transit dengan campuran ruang kediaman, perdagangan dan runcit di sekitar stesen-stesen.

Afzanizan berkata, LRT3 sebahagian daripada ekosistem ekonomi Lembah Klang dan bukan sekadar laluan rel untuk Klang.

“Mengintegrasikan Klang lebih rapat dengan pusat pekerjaan utama seperti Shah Alam, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur juga dapat menyokong pembangunan wilayah dengan lebih seimbang.

Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia, N Gobalakrishnan, berkata kawasan Little India di Klang juga mampu merasai manfaat kerana ramai pengunjung mengelak kawasan itu disebabkan kesesakan lalu-lintas dan kekurangan tempat meletak kereta.

“Dengan LRT3, orang ramai boleh meninggalkan kenderaan dan menaiki tren ke Klang, membeli-belah dan pulang. Sudah pasti lebih mudah,” katanya.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Activate to Enjoy Special Perks

Activate to Enjoy Special PerksActivate to Enjoy Special Perks

Access 0 fees, premium support, and loss coverage.