Bersama buka peluang kepada rakyat Malaysia jadi calonnya. Keutamaan untuk mereka yang berminat bertanding PRN Negeri Sembilan dan Johor.Bersama buka peluang kepada rakyat Malaysia jadi calonnya. Keutamaan untuk mereka yang berminat bertanding PRN Negeri Sembilan dan Johor.

Siapa nak jadi calon angkat tangan!

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com

Adakah ini semata-mata satu ‘gimik?’ Saya merujuk cara Parti Bersama Malaysia (Bersama) mendapatkan calon pilihan rayanya.

Rasanya umum tahu – kalau tak tahu kacau. Rafizi Ramli kena tengok semula kaedah digunakannya untuk sebar maklumat parti nampaknya.

Saya ulang: rasanya umum sudah tahu Bersama membuka peluang kepada rakyat Malaysia jadi calonnya. Keutamaan untuk mereka yang berminat bertanding PRN Negeri Sembilan dan Johor (tarikh kedua dua pilihan raya dijangka diumum hari ini).

Kepada yang nak jadi calon bolehlah buat permohonan cara ‘online’ kepada parti. Ertinya jika anda yakin, rasa diri layak dan berkebolehan untuk jadi calon Bersama sekali gus jadi YB kalau menang bolehlah mohon. ‘Simple‘ je.

Tetapi, anda mestilah jadi ahli Bersama terlebih dahulu. Tentulah ada ‘catchnya’. Takkan nak beri jadi calon buta-buta je, dan tentulah ada ‘term and condition‘. Semua ini boleh diperoleh di laman web Bersama.

Lazimnya, menjelang setiap pilihan raya – sama ada negeri atau ‘general elections‘ – masalah besar dihadpai parti politik ialah mencari calon.
Kepimpinan setiap parti pening kepala dibuatnya. Siapa nak dipilih, siapa boleh menang, dan yang tidak dipilih adakala akan merajuk. Lebih teruk jika mereka sabotaj calon parti sendiri.

Untuk buat keputusan dianggap ‘spot on‘ kepimpinan parti akan bergantung kepada pelbagai laporan daripada pelbagai pihak. Sebelum ‘go over all recommendations‘ dan buat pilihan. Tidak dinafikan ada kepimpinan yang sudah tahu sejak awal nak pilih siapa.

Berdasarkan itu adakah apa dilakukan Bersama yang disebut tadi sesuatu yang bagus? Elak pemimpin pecah kepala nak pilih calon?

Wartawan veteran P Gunasegaram mengalu-alukan langkah itu: “I really think it’s a great move although not done before. It will ensure only qualified candidates are chosen.”

That’s the thing‘. Macam mana nak pastikan hanya yang berkelayakan dipilih jadi calon?

Penganalisis politik Sivamurugan Pandian dalam menyambut baik cara Bersama berkata: “Candidates (yakni pemohon) can offer themselves and vetted based on why they should be selected as candidates.”

Menurut saya kata kuncinya ‘vetted’. Menurut Siva seterusnya “it is a good organisational move because it broadens the party’s base and projects an image of fenewal and preparedness for the oing elections.”

Pun begitu kata kuncinya tetap ‘vet atau saring’. Dan maaf saya berbeza pendapat dengan Siva mengenai ‘preparedness‘. Saya kira Bersama tidak bersedia sepenuhnya lantas memperkenalkan pendekatan ini. Kita cerita pasal ini kemudian.

Bagi Felo Penyelidik Ilham Centre, Mujibu Abd Muis, langkah Bersama ada bagus ada tak bagusnya. “Move ini berani, disruptive dan berisiko tinggi pada masa sama. Ia ada elemen pembaharuan politik tetapi kejayaannya sangat bergantung pada mekanisme saringan dan disiplin parti.”

Dan apa yang beliau kata seterusnya amat menarik: “Nanti kalau ada (yang) menang kena goda kuasa dan pancing dengan duit mau lari YB Bersama ni.”

Masalah sama dihadapi parti politik yang amal cara konvensional dalam memilih calon.

Kata Mujibu kena ‘saring betul-betul dan ada mekanisme yang okey untuk kawal dan pantau’. Kata kunci tetap ‘vet atau saring’.

Saya mendapatkan juga pandangan Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar. Menurut beliau pendekatan Bersama merupakan satu pembaharuan yang agak unik dalam lanskap politik Malaysia.

Kata beliau dari sudut positif ia beri gambaran Bersama cuba memperkenalkan proses pemilihan calon yang lebih terbuka, kompetitif dan berasaskan merit.

Kata saya pula itu jugalah yang didakwa dilakukan oleh parti politik lain dalam memilih calon masing masing.

Apa pun Hisomuddin juga berkata, langkah Bersama jika disokong tapisan yang teliti ia berpotensi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kualiti calon diketengahkan.

Tapisan beliau maksudkan termasuk pengisytiharan harta. Ada lagi elemen beliau huraikan yang saya tidak perlu ulang di sini. Cuma, bagi saya parti politik yang guna kaedah lama pilih calon pun sering mendakwa mereka melakukan tapisan termasuk bakal calon mesti ‘declare assets‘. Parti itu termasuk BN semasa tercalar dengan pelbagai tuduhan rasuah.

Kata Hisomuddin lagi, terdapat juga persepsi langkah dilakukan Bersama mencerminkan cabaran dihadapi oleh sebuah parti baharu yang masih dalam proses membina kekuatan dan kepimpinan di peringkat akar umbi.

Saya setuju. Memang ‘its not fair to expect Bersama to be ready in all aspects‘ kerana baru dilancarkan. Maka pada hemat saya (ini merujuk apa yang saya kata tadi) Bersama lakukan yang ia lakukan ialah kerana parti itu belum ada ‘pool of candidates‘ untuk diselami.

Dengan membuka peluang untuk jadi calon Bersama sekali gus boleh menambah jumlah ahlinya.

Tetapi, saya nyatakan apa dilakukan Bersama ini sekurang-kurangnya tidak memberi ruang lobi-melobi, cantas-mencantas dalam kalangan golongan yang cukup minat nak jadi calon dan sudah berangan bergelar Yang Berhormat.

Bercakap semula pasal kata kunci yang saya tekankan beberapa kali dalam penulisan ini. Kata Rafizi empat kriteria utama digunakan dalam proses penilaian (bakal calon). Ertinya saringan rapi. Harap Bersama ada cukup orang untuk melakukan saringan.

Memang saringan mesti ketat pilihan mesti tepat. Tidak mustahil calon yang diyakini ‘winnable‘ rupanya calon yang ‘defeatable’.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage