Ketua Polis Negara Mohd Khalid Ismail berkata pihaknya setakat ini menerima tiga laporan polis berkaitan isu berkenaan.Ketua Polis Negara Mohd Khalid Ismail berkata pihaknya setakat ini menerima tiga laporan polis berkaitan isu berkenaan.

Polis siasat dakwaan Rosmah beli, pindah milik hartanah mewah di AS

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
DATUK SERI MOHD KHALID ISMAILKetua Polis Negara Mohd Khalid Ismail berkata beberapa saksi berkaitan sudah dipanggil untuk dirakam keterangan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia turut membantu dalam siasatan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Polis membuka kertas siasatan terhadap dakwaan mengaitkan Rosmah Mansor dengan pembelian atau pembiayaan sebuah hartanah mewah di New Jersey, Amerika Syarikat (AS) yang dikatakan bernilai USD13 juta.

Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail, berkata pihaknya setakat ini menerima tiga laporan polis berkaitan isu berkenaan dan siasatan sedang dijalankan.

Menurutnya, beberapa saksi berkaitan sudah dipanggil untuk dirakam keterangan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut membantu dalam siasatan.

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

“Hasil siasatan awal mendapati akaun media sosial yang menularkan dakwaan itu dipercayai akaun palsu.

“Polis menerima tiga laporan berkaitan perkara ini dan siasatan masih diteruskan. Saksi berkaitan juga sudah dipanggil, manakala SKMM memberikan kerjasama dalam siasatan,” katanya pada sidang media, menurut Berita Harian.

Selain itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan dakwaan tanpa bukti kukuh kerana ia boleh menjejaskan proses siasatan serta menyukarkan pendakwaan di mahkamah.

“Kita menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi terhadap sesuatu perkara tanpa bukti yang kuat kerana ia boleh menyukarkan pembuktian kes di mahkamah,” katanya.

Isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu dilaporkan membuat laporan polis berhubung dakwaannya membeli dan memindahkan milik sebuah rumah agam di AS.

Satu video tular mendakwa, rumah agam itu dibeli pada Julai 2025 oleh menantu Rosmah, Daniyar Kessikbayev, sebelum dipindahkan milik pada bulan lalu kepada sebuah syarikat didakwa mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan, Daing A Malek Daing Rahaman.

Rosmah berkata, video tersebut mengandungi dakwaan palsu dan berunsur fitnah bertujuan memperdayakan orang ramai serta membawa kemudaratan besar dan tidak boleh diperbaiki terhadap reputasinya termasuk keluarga.

Daing juga telah membuat laporan polis berhubung video berkenaan.

Market Opportunity
Star Atlas DAO Logo
Star Atlas DAO Price(POLIS)
$0.0123
$0.0123$0.0123
+13.15%
USD
Star Atlas DAO (POLIS) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel