Premier Sarawak berkata AirBorneo bertujuan memperkukuh peranan negeri dalam ekonomi Asean di samping meningkatkan akses perniagaan kepada pasaran serantau.Premier Sarawak berkata AirBorneo bertujuan memperkukuh peranan negeri dalam ekonomi Asean di samping meningkatkan akses perniagaan kepada pasaran serantau.

Masalah AirBorneo hanya sementara, kata Abang Jo

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
airborneoPremier Sarawak Abang Johari Openg berkata AirBorneo dalam proses peralihan selepas mengambil alih MASwings dan terdapat beberapa masalah kecil sepanjang proses itu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Isu yang sedang dihadapi syarikat penerbangan milik kerajaan Sarawak, AirBorneo, bersifat sementara dan akan diselesaikan oleh kerajaan negeri, kata Premier Sarawak Abang Johari Openg.

Abang Johari OpengAbang Johari Openg.

Beliau berkata AirBorneo bertujuan memperkukuh peranan Sarawak dalam ekonomi Asean di samping meningkatkan akses perniagaan kepada pasaran serantau.

Abang Johari berkata kerajaan negeri sedang membangunkan secara proaktif model operasinya sendiri bagi syarikat penerbangan itu untuk memastikan ia dapat menyokong pertumbuhan perniagaan dan ekonomi dengan berkesan.

Katanya, walaupun terdapat cabaran sepanjang tempoh peralihan susulan pengambilalihan MASwings oleh kerajaan negeri, syarikat penerbangan itu kekal sebagai pelaburan strategik.

“Kami masih dalam proses peralihan selepas mengambil alih MASwings. Terdapat beberapa masalah kecil sepanjang proses itu. Namun, ia pasti akan dapat diselesaikan.

“Kita perlu mempunyai model sendiri untuk mengendalikan syarikat penerbangan ini,” katanya seperti dipetik Dayak Daily di Kuching.

Awal bulan ini, AirBorneo berdepan kelewatan dan pembatalan penerbangan di seluruh Sarawak dan Sabah selepas beberapa pesawat tidak dapat beroperasi serentak akibat penyelenggaraan berjadual serta kelewatan penghantaran komponen alat ganti penting.

Ketua Pegawai Eksekutif AirBorneo, Megat Ardian Wira Aminuddin berkata syarikat penerbangan itu kini memberi tumpuan kepada pemulihan perkhidmatan yang boleh dipercayai serta memastikan pesawatnya memenuhi piawaian keselamatan dan kelayakan penerbangan.

Megat berkata AirBorneo turut melaksanakan langkah tambahan untuk memperkukuh daya tahan armada dan menyokong pemulihan berperingkat perkhidmatan ke tahap normal.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002828
$0.00002828$0.00002828
+1.00%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel