Polis berkata semua suspek termasuk seorang wanita ditahan susulan laporan dibuat Pejabat Kesihatan Pekan.Polis berkata semua suspek termasuk seorang wanita ditahan susulan laporan dibuat Pejabat Kesihatan Pekan.

3 ditahan jual, palsukan sijil cuti sakit

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
handcuffKetua Polis Pekan Mohd Zaidi Mat Zin berkata semua suspek yang ditahan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Pekan esok bagi permohonan reman untuk siasatan lanjut. (Gambar Rawpixel)

KUANTAN: Tiga individu termasuk seorang wanita ditahan di sekitar Pekan hari ini kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan menjual dan memalsukan sijil cuti sakit.

Ketua Polis Pekan Mohd Zaidi Mat Zin berkata semua suspek berusia 30-an itu ditahan kira-kira 3 petang tadi selepas pihaknya menjalankan siasatan susulan laporan yang dibuat Pejabat Kesihatan Daerah pada 10 Jun.

Beliau berkata suspek yang ditahan berkerja sebagai mekanik, pemilik bengkel dan tukang cuci dengan semua mereka dipercayai bertindak sebagai orang tengah.

Katanya, PKD menerima maklumat daripada seorang individu yang mendakwa telah membeli sijil cuti sakit daripada seorang lelaki tempatan yang dipercayai bertindak sebagai orang tengah bagi mendapatkan dokumen itu daripada sebuah klinik kerajaan dengan bayaran tertentu.

“Hasil siasatan awal mendapati sijil cuti sakit itu dipercayai dijual pada harga antara RM50 dan RM200 bagi setiap satu.

“Siasatan lanjut mendapati, pegawai perubatan yang namanya tertera pada sijil cuti sakit berkenaan juga mengesahkan bahawa beliau telah bertukar tempat bertugas sejak 2023 dan cop digunakan merupakan yang lama miliknya serta tidak digunakan lagi,” katanya dalam kenyataan.

Zaidi memaklumkan siasatan lanjut mendapati kegiatan ini dipercayai dijalankan secara terancang dengan melibatkan individu yang bertindak sebagai orang tengah bagi mencari pelanggan dan mengurus penjualan sijil cuti sakit.

Selain itu, polis kini sedang mengesan suspek utama dipercayai seorang penjawat awam wanita yang bertugas di sebuah klinik dan berperanan sebagai pembekal sijil cuti sakit tidak sah.

Katanya, semua suspek yang ditahan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Pekan esok bagi permohonan reman untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 468 dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Market Opportunity
Star Atlas DAO Logo
Star Atlas DAO Price(POLIS)
$0.01205
$0.01205$0.01205
+0.16%
USD
Star Atlas DAO (POLIS) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel