Ketua polis KL Fadil Marsus berkata, anggota trafik akan periksa motosikal dan lesen, selain jalankan ujian saringan dadah.Ketua polis KL Fadil Marsus berkata, anggota trafik akan periksa motosikal dan lesen, selain jalankan ujian saringan dadah.

Polis kerah lebih ramai anggota trafik di sekolah KL

2026/06/12 16:39
Okuma süresi: 2 dk
Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
Fadil MarsusKetua Polis KL Fadil Marsus bercakap kepada pemberita selepas program kesedaran lalu lintas di SMK Alam Damai, Cheras, hari ini. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Polis akan mengerah lebih ramai anggota trafik ke 122 sekolah menengah awam dan swasta di seluruh ibu negara bagi memastikan pelajar mematuhi peraturan lalu lintas serta mengurangkan risiko kemalangan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus berkata, anggota terbabit juga akan membantu melancarkan aliran trafik dan menjalankan pemeriksaan berkala terhadap motosikal pelajar.

Mereka turut akan memeriksa lesen memandu bagi memastikan pelajar yang menunggang motosikal memiliki lesen sah.

“Pelajar-pelajar mesti faham perbezaan antara betul dan salah,” katanya semasa merasmikan program kesedaran lalu lintas di SMK Alam Damai hari ini.

“Apabila mereka terbiasa patuhi peraturan lalu lintas, mereka akan lebih terdorong untuk hormati undang-undang lain dalam kehidupan seharian, seterusnya pupuk budaya kepenggunaan jalan raya yang bertanggungjawab dan berhemah.”

“Kami harap usaha ini membawa impak positif dan bantu membentuk masyarakat yang lebih baik pada masa depan.”

Fadil berkata, anggota daripada bahagian narkotik turut akan ditempatkan di sekolah bagi menjalankan ujian air kencing ke atas pelajar-pelajar yang dikenal pasti.

Beliau berkata, 41 pelajar ditahan akibat memandu secara melulu dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, menurun berbanding 58 tangkapan yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lepas.

Memandu melebihi had laju, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, melanggar lampu merah, memotong secara berbahaya, serta gagal mematuhi peraturan lalu lintas adalah antara kesalahan paling lazim.

Beliau turut menggesa pelajar supaya bertindak sebagai duta keselamatan jalan raya dengan menunjukkan teladan yang baik serta menjauhi aktiviti berbahaya seperti lumba haram.

Piyasa Fırsatı
Star Atlas DAO Logosu
Star Atlas DAO Fiyatı(POLIS)
$0.0108
$0.0108$0.0108
-2.96%
USD
Star Atlas DAO (POLIS) Canlı Fiyat Grafiği

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel