Ketua Polis Bentong Zaiham Mohd Kahar berkata pemandu berusia 40 tahun itu ditahan pagi tadi.Ketua Polis Bentong Zaiham Mohd Kahar berkata pemandu berusia 40 tahun itu ditahan pagi tadi.

Pemandu treler nahas 4 maut di Karak positif dadah

2026/06/15 09:12
Okuma süresi: 2 dk
Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
kemalangan dihempap trelerDalam kejadian kira-kira 4 petang semalam, empat sekeluarga termasuk seorang bayi perempuan berusia setahun maut selepas kereta dinaiki mereka dihempap treler di KM43.2 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) menghala ke Karak, Bentong

PETALING JAYA: Pemandu treler yang terbabas menghempap kereta hingga meragut nyawa empat sekeluarga termasuk bayi perempuan di KM43.2 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) menghala ke Karak, Bentong semalam, disahkan positif dadah.

Ketua Polis Bentong, Zaiham Mohd Kahar, hasil saringan ujian air kencing pemandu berusia 40 tahun itu didapati positif dadah jenis methamphetamine sebelum ditahan awal pagi tadi.

Katanya, lelaki terbabit dibawa ke IPD Bentong untuk ujian saringan air kencing sebaik selesai menerima rawatan di hospital.

“Penahanan ke atas pemandu terbabit dilakukan pemandu kira-kira 4 pagi sebelum dibawa ke Mahkamah Raub untuk permohonan reman,” katanya, menurut Sinar Harian.

Semalam, polis mengesahkan pemandu terbabit dikesan mempunyai 15 rekod saman trafik.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang, empat sekeluarga termasuk seorang bayi perempuan berusia setahun maut selepas kereta dinaiki mereka dihempap treler terbabit.

Mangsa yang maut sebagai A Halim Hasoon, 55, Rozita Buang, 58, Norbahyah A Halim, 26 dan Nayla Afya Aizat.

Ketua Polis Pahang Yahaya Othman dipetik berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila treler yang membawa muatan habuk kayu itu hilang kawalan ketika melalui selekoh berbukit sebelum terbabas dan menghempap kereta mangsa.

Katanya, ketika kejadian treler terbabit dalam perjalanan menghantar muatan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuantan.

Piyasa Fırsatı
4 Logosu
4 Fiyatı(4)
$0,008613
$0,008613$0,008613
+0,01%
USD
4 (4) Canlı Fiyat Grafiği

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel