Kementerian Kewangan berkata perjalanan rasmi ke luar negara turut dihadkan kepada komitmen dijadualkan dan mesyuarat wajib.Kementerian Kewangan berkata perjalanan rasmi ke luar negara turut dihadkan kepada komitmen dijadualkan dan mesyuarat wajib.

Lawatan rasmi terhad untuk urusan berimpak tinggi, kata MoF

2026/06/25 17:53
Okuma süresi: 2 dk
Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
MOF kementerian kewangan Finance ministryKementerian Kewangan menegaskan langkah penjimatan perbelanjaan kerajaan tidak menjejaskan perkhidmatan penting kepada rakyat.

PETALING JAYA: Kementerian Kewangan (MoF) menjelaskan lawatan rasmi ke luar negara yang disifatkan penting bagi menjaga kepentingan strategik Malaysia ketika berdepan ketidaktentuan geopolitik dan gangguan bekalan global.

MoF berkata, antara langkah penjimatan dilaksanakan ialah mengehadkan perjalanan rasmi ke luar negara kepada komitmen yang telah dijadualkan, mesyuarat wajib dan urusan yang memberi impak strategik kepada negara.

Katanya, lawatan kerja Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke Turkmenistan dan Rusia baru-baru ini membantu memperkukuh keterjaminan bekalan tenaga negara serta mempelbagaikan sumber bekalan tenaga jangka panjang Malaysia.

“Lawatan rasmi tidak wajar dinilai berdasarkan jumlah perjalanan semata-mata, sebaliknya berdasarkan tujuan, keperluan dan hasil yang dicapai untuk negara dan rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi mengulas mengenai laporan portal CodeBlue bertajuk “Ministers, Officials Go Around the World on 50 Trips in 50 Days” yang mempersoalkan lawatan rasmi ke luar negara ketika langkah penjimatan perbelanjaan sedang dilaksanakan.

Dalam masa sama, MoF menegaskan langkah penjimatan perbelanjaan kerajaan tidak menjejaskan perkhidmatan penting kepada rakyat, termasuk kesihatan, pendidikan, subsidi dan bantuan sosial.

Kementerian itu berkata, langkah berkenaan dilaksanakan secara bersasar bagi membantu menampung peningkatan mendadak perbelanjaan subsidi susulan kenaikan harga minyak dunia akibat krisis di Asia Barat.

Menurut MoF, kerajaan memilih untuk terus menyerap kos subsidi lebih tinggi bagi melindungi rakyat daripada kesan kenaikan harga bahan api dan kos sara hidup.

“Langkah penjimatan yang diperkenalkan bukan bertujuan menghentikan semua perbelanjaan atau perjalanan rasmi, sebaliknya merupakan pengurusan fiskal secara bersasar,” katanya.

MoF turut menjelaskan tiada sekatan dikenakan terhadap pengisian jawatan, pembelian ubat-ubatan, perolehan peralatan perubatan dan penyampaian perkhidmatan kesihatan, walaupun Kementerian Kesihatan tertakluk kepada langkah penjimatan berkenaan.

Katanya, KKM tahun ini menyasarkan pelantikan lebih 18,000 petugas kesihatan, termasuk 4,500 pegawai perubatan, lebih 3,500 jururawat dan hampir 1,000 penolong pegawai perubatan, tanpa sebarang pengurangan berbanding tahun lalu.

MoF berkata, peruntukan ubat-ubatan turut ditingkatkan kepada RM6.5 bilion tahun ini berbanding RM6 bilion pada 2025.

Selain itu, sebanyak 400 slot Program Latihan Kepakaran Lanjutan disediakan dengan peruntukan RM24 juta.

Piyasa Fırsatı
Katana Inu Logosu
Katana Inu Fiyatı(KATA)
$0.00002772
$0.00002772$0.00002772
+6.12%
USD
Katana Inu (KATA) Canlı Fiyat Grafiği

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order