Marzuki Mohamad dakwa tinjauan Merdeka Center menunjukkan populariti Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar masih belum cukup kuat untuk membantu gabungan itu menangMarzuki Mohamad dakwa tinjauan Merdeka Center menunjukkan populariti Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar masih belum cukup kuat untuk membantu gabungan itu menang

Samsuri belum ada ‘wow factor’, dakwa bekas pegawai Muhyiddin

Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
Ahmad Samsuri MokhtarAhmad Samsuri Mokhtar merekodkan tahap sokongan 48% dalam kalangan pengundi Melayu, manakala 28% bagi sokongan keseluruhan menerusi tinjauan Merdeka Center dijalankan antara 12 Mac hingga 9 April lalu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bekas pegawai kepada Muhyiddin Yassin mendakwa Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Ahmad Samsuri Mokhtar belum menunjukkan ‘wow factor’ selepas empat bulan menerajui gabungan pembangkang itu.

Marzuki Mohamad berkata populariti menteri besar Terengganu itu masih belum cukup kuat untuk membantu PN mencapai sasaran sokongan yang diperlukan bagi menawan Putrajaya pada PRU16.

Menurutnya, Samsuri merekodkan tahap sokongan 48% dalam kalangan pengundi Melayu, manakala 28% bagi sokongan keseluruhannya menerusi tinjauan Merdeka Center dijalankan antara 12 Mac hingga 9 April lalu.

“Untuk menang PRU16, PN memerlukan sekurang-kurangnya 70% sokongan Melayu.

“Jika PN memerlukan 70% sokongan Melayu, populariti Samsuri di kalangan orang Melayu mesti melebihi 70%,” katanya di Facebook.

Beliau turut membandingkan kedudukan Samsuri dengan Muhyiddin, yang menurutnya pernah mencatat sokongan lebih 70% dalam kalangan orang Melayu ketika menjadi pengerusi PN.

Katanya, Muhyiddin ketika ini juga masih mengatasi Samsuri, sama ada dalam kalangan pengundi Melayu atau secara keseluruhan.

Dalam tinjauan Merdeka Center itu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mencatat tahap sokongan tertinggi secara keseluruhan iaitu 52%, diikuti bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin 50% da Muhyiddin 36%.

Pemimpin Parti Bersama Malaysia Rafizi Ramli 32%, Samsuri 28%, Presiden PAS Hadi Awang 25% dan Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi 24%.

Marzuki berkata keputusan itu menunjukkan cabaran besar buat PN, khususnya Samsuri sebagai pengerusi baharu gabungan itu.

“Banyak lagi yang perlu dilakukan Samsuri sebagai pengerusi PN untuk memenangkan PN dalam PRU16.

“Setakat ini belum ada ‘wow factor’,” katanya.

Samsuri dilantik pengerusi PN pada Februari lalu, menggantikan Muhyiddin yang berundur daripada jawatan itu.

Piyasa Fırsatı
Cardano Logosu
Cardano Fiyatı(ADA)
$0.145
$0.145$0.145
+0.27%
USD
Cardano (ADA) Canlı Fiyat Grafiği
Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Newbies:Deposit $100, Get $1,000Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Plus Up to a $50 Referral Bonus