Empat daripadanya dirancang disenarai tahun ini, kata jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil.Empat daripadanya dirancang disenarai tahun ini, kata jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil.

Kerajaan sasar 10 syarikat Bumiputera disenarai di Bursa Malaysia menjelang 2028

Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
bursa malaysia logoSasaran penyenaraian syarikat Bumiputera di Bursa Malaysia itu susulan hasil Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, kata Fahmi Fadzil. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kerajaan menyasarkan 10 syarikat Bumiputera disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2026 dan 2027, dengan empat daripadanya dirancang disenaraikan tahun ini.

Jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil berkata, penyenaraian itu susulan hasil Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Sasaran itu, katanya, jauh melebihi pencapaian lima tahun sebelumnya.

“Bagi menyokong sasaran berkenaan, program ’10 Juara Bumiputera’ hasil kerjasama syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) telah diperkenalkan untuk membimbing syarikat berpotensi tinggi serta melahirkan 10 syarikat Bumiputera bernilai RM500 juta setiap satu menjelang 2028,” katanya pada sidang media mingguan di Putrajaya, lapor Bernama.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, ekosistem Petroliam Nasional Bhd (Petronas), GLIC dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) merupakan antara penyumbang penting kepada agenda pembangunan Bumiputera negara.

Katanya, ekosistem itu telah menyumbang RM50 bilion setahun, termasuk RM49.2 bilion tahun lepas, merangkumi pelaburan langsung, perolehan vendor, pembangunan bakat dan komuniti.

“Pada masa yang sama, garis panduan baharu pembangunan vendor Bumiputera turut diperkenalkan bagi memperkukuh saluran pembangunan vendor serta meningkatkan kapasiti mereka secara lebih tersusun dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata, Jemaah Menteri juga sedang meneliti cadangan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) agar tempoh bayaran GLC dan GLIC kepada vendor tempatan dipendekkan bagi memastikan aliran kewangan syarikat dan vendor tempatan dapat diuruskan dengan lebih baik.

Sementara itu, Fahmi berkata, Jemaah Menteri turut dimaklumkan mengenai prestasi operasi pelabuhan persekutuan bagi suku pertama tahun ini yang mencatat 8.002 juta unit setara 20 kaki (TEU), menunjukkan peningkatan 8.1% berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Ini dipacu oleh peranan negara sebagai penghubung utama bagi barangan dunia melalui aktiviti pemunggahan pindahan ke kapal (transshipment) yang mencatat pertumbuhan 9.96% berbanding suku pertama 2025,” katanya.

Beliau berkata, kargo konvensional turut menunjukkan peningkatan 2.9% berbanding tempoh yang sama tahun lalu, terutama bagi kargo am yang meningkat 8.93% dan kendalian pukal kering yang bertambah sebanyak 3.55%.

Katanya, prestasi ini amat membanggakan walaupun ketika negara berdepan dengan krisis geopolitik di Asia Barat yang bermula sekitar suku pertama tahun ini.

Piyasa Fırsatı
Katana Inu Logosu
Katana Inu Fiyatı(KATA)
$0,00002712
$0,00002712$0,00002712
-0,18%
USD
Katana Inu (KATA) Canlı Fiyat Grafiği
Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Newbies:Deposit $100, Get $1,000Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Plus Up to a $50 Referral Bonus