Panglima Tentera Laut Zulhelmy Ithnain berkata kebanyakan penyelenggaraan kini lebih bersifat pembaikan selain berdepan kesukaran mendapatkan alat ganti.Panglima Tentera Laut Zulhelmy Ithnain berkata kebanyakan penyelenggaraan kini lebih bersifat pembaikan selain berdepan kesukaran mendapatkan alat ganti.

Lebih 60% aset tentera laut lebih 40 tahun, kata panglima

Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
Zulhelmy IthnainPanglima Tentera Laut Zulhelmy Ithnain, berkata empat kapal Kelas Perdana Combatante yang masih beroperasi selepas lebih 50 tahun, membuktikan keberkesanan budaya penyelenggaraan tentera.  (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Lebih 60% aset tentera laut kini berusia melebihi 40 tahun, sekali gus menimbulkan cabaran kepada kesiapsiagaan operasi dan keperluan penggantian secara berperingkat menerusi ‘Pelan Transformasi TLDM 15 to 5’.

Panglima Tentera Laut Zulhelmy Ithnain, berkata keadaan itu memberi tekanan kepada tentera laut menguruskan armada semakin berusia, namun kapal berkenaan masih perlu digerakkan bagi melaksanakan operasi mempertahankan perairan negara.

“Lebih daripada 60% aset kita berusia lebih daripada 40 tahun. Ini adalah satu cabaran kepada tentera laut pada masa ini dalam menguruskan armada semakin berusia.

“Kita mempunyai enam operasi yang memerlukan kapal digerakkan 24 jam sepanjang tahun. Kapal yang usang ini masih perlu ke laut dan perkara itu merisaukan pihak kepimpinan kerana keadaannya tidak lagi seperti ketika mula beroperasi,” katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Ulang Tahun Ke-53 Kumpulan Pertama Kapal Kelas Perdana Combatante.

Beliau berkata, kebanyakan penyelenggaraan kini lebih bersifat pembaikan selepas kerosakan, berbanding penyelenggaraan pencegahan selain berdepan kesukaran mendapatkan alat ganti.

Mengenai empat kapal Kelas Perdana Combatante yang masih beroperasi selepas lebih 50 tahun, beliau berkata ia membuktikan keberkesanan budaya penyelenggaraan tentera laut.

Beliau berkata, kapal berkenaan kini ditukar fungsi daripada kapal pelancar misil kepada kapal rondaan berikutan keusangan sistem dan kelengkapan.

Zulhelmi berkata, tentera laut melaksanakan program pengurusan keusangan aset bagi KD Perdana dan KD Ganyang untuk memastikan integriti badan kapal dapat dipertingkat, sekali gus membolehkan ia terus beroperasi antara 10 hingga 15 tahun lagi sebagai langkah sementara sebelum digantikan.

Dalam pada itu, beliau berkata pemodenan aset tentera laut diteruskan mengikut kemampuan kewangan kerajaan menerusi ‘Pelan Transformasi TLDM 15 to 5’, dengan perolehan kapal sokongan logistik pelbagai peranan (MRSS) dirancang di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), manakala perolehan kapal selam dijangka dipertimbangkan dalam RMK14.

Mengenai projek MRSS, beliau berkata ia telah diluluskan kerajaan di bawah RMK13 dan kini berada pada peringkat penilaian cadangan oleh syarikat terlibat sebelum proses memuktamadkan perolehan dilaksanakan.

“Projek ini akan dilaksanakan dalam RMK13 dan mungkin berlanjutan ke RMK14. Kita memerlukan dua MRSS dalam RMK13, namun sasaran di bawah Pelan Transformasi TLDM 15 to 5 ialah tiga buah, dengan kapal ketiga dibina dalam negara,” katanya.

Beliau berkata, lebih 17 negara telah mengemukakan cadangan pembekalan MRSS termasuk Rusia, China, Belanda, Turki, Itali, dan Korea Selatan.

Piyasa Fırsatı
Katana Inu Logosu
Katana Inu Fiyatı(KATA)
$0.00002793
$0.00002793$0.00002793
+0.72%
USD
Katana Inu (KATA) Canlı Fiyat Grafiği

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs