Kedua-dua parti masih belum pilih memihak kepada PAS atau Bersatu, berbelah-bahagi antara perhitungan politik dan realiti pilihan raya.Kedua-dua parti masih belum pilih memihak kepada PAS atau Bersatu, berbelah-bahagi antara perhitungan politik dan realiti pilihan raya.

Bersatu berkeras kekal dalam PN, Gerakan dan MIPP kini tersepit

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
logo perikatan nasional crackPAS putuskan kerjasama politik dengan Bersatu minggu lepas, namun kedua-duanya kekal sebagai komponen PN dan kini usaha rebut tampuk kepimpinan gabungan pembangkang.

PETALING JAYA: Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) kini terperangkap dalam situasi sukar, berbelah-bahagi sama ada mahu memihak kepada PAS atau Bersatu di tengah-tengah krisis Perikatan Nasional (PN), menurut penganalisis politik.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata masa depan Bersatu dalam PN tidak boleh ditentukan oleh PAS semata-mata, memandangkan perlembagaan gabungan menuntut konsensus antara parti komponen bagi keputusan besar sedemikian.

Beliau berkata, ketegasan Bersatu untuk kekal dalam PN selari dengan perlembagaan gabungan dan mencerminkan pendirian parti itu bahawa ia tidak seharusnya tunduk kepada tekanan PAS.

Situasi ini, katanya, memberi tekanan kepada Gerakan dan MIPP ketika mereka sedang mempertimbangkan pilihan yang ada dengan teliti.

mazlan aliMazlan Ali.

“Saya rasa Gerakan dan MIPP masih dalam dilema sama ada mahu pilih PAS atau Bersatu,” katanya.

“Dari sudut politik, Bersatu parti yang lebih sesuai untuk bekerjasama kerana sifat kepimpinannya yang sederhana, manakala PAS dilihat memperjuangkan naratif Islam yang tidak akan menarik sokongan bukan Islam.

“Bagaimanapun, dari segi kekuatan, PAS tampil lebih dominan dan boleh bantu Gerakan serta MIPP menang kerusi pada pilihan raya, berbanding Bersatu.”

PAS menamatkan kerjasama politiknya dengan Bersatu minggu lepas, namun kedua-duanya kekal sebagai komponen PN dan kini sedang merebut tampuk kepimpinan gabungan pembangkang itu.

Hadi sebelum ini berkata, PAS tidak boleh menyingkirkan Bersatu dari PN secara sepihak, walaupun naib presiden parti Islam itu, Ahmad Samsuri Mokhtar, kini pengerusi gabungan.

Presiden PAS itu berkata, sesebuah parti komponen hanya boleh digugurkan sekiranya majoriti daripada empat parti PN bersetuju untuk berbuat demikian.

Pada Selasa, Muhyiddin berkata, Bersatu akan kekal bersama PN walaupun wujud ketegangan, dan bersedia berdepan parti Islam itu ‘dari segenap sudut’.

Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berkata, cabaran yang lebih mendesak bagi Bersatu mungkin timbul semasa proses penamaan calon untuk PRN Johor dan Negeri Sembilan yang akan datang.

Azmi HassanAzmi Hassan.

Menurutnya, semua surat watikah pelantikan calon perlu ditandatangani oleh Samsuri selaku pengerusi PN, sebelum mana-mana calon boleh bertanding menggunakan logo gabungan itu.

Beliau juga berkata, PAS tidak akan berdepan banyak kesukaran sekalipun bertanding menggunakan logonya sendiri, sedangkan Bersatu lebih perlu mengekalkan penjenamaan PN.

“Bersatu terdesak untuk guna logo PN, dan saya rasa itulah sebabnya mereka berkeras mahu kekal dalam gabungan itu,” katanya.

Market Opportunity
Particle Network Logo
Particle Network Price(PARTI)
$0.05602
$0.05602$0.05602
-5.19%
USD
Particle Network (PARTI) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel