SIS Forum (Malaysia) berkata data terhad menyukarkan kumpulan masyarakat sivil mengenal pasti komuniti rentan dan mendesak intervensi lebih bersasar.SIS Forum (Malaysia) berkata data terhad menyukarkan kumpulan masyarakat sivil mengenal pasti komuniti rentan dan mendesak intervensi lebih bersasar.

Kumpulan hak asasi bimbang kehilangan data terperinci perkahwinan kanak-kanak

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Perkahwinan nikah melayuPengarah Eksekutif SIS Forum (Malaysia) Rozana Isa berkata Jabatan Perangkaan kini melaporkan perkahwinan kanak-kanak dalam kategori lebih luas ‘bawah 20 tahun’. (Gambar fail)

PETALING JAYA: Sebuah kumpulan hak asasi bimbang Jabatan Perangkaan tidak lagi mengeluarkan data umur lebih terperinci perkahwinan kanak-kanak yang akan menyukarkan penilaian terhadap skala sebenar perkahwinan bawah umur di Malaysia.

Pengarah Eksekutif SIS Forum (Malaysia), Rozana Isa, berkata julat umur baharu dalam statistik rasmi yang kini membahagikan perkahwinan kanak-kanak di bawah kategori lebih luas ‘bawah 20 tahun’ menyukarkan usaha menjejaki trend serta merangka penyelesaian bersasar.

Beliau mempersoalkan kenapa angka lebih terperinci tidak dikeluarkan memandangkan Jabatan Perangkaan memiliki data demografi luas serta mampu menghuraikan statistik, termasuk perkahwinan, mengikut daerah, jantina dan agama.

“Buat masa ini, satu-satunya cara untuk kita menarik perhatian terhadap isu ini adalah dengan membangkitkan persoalan di Parlimen.

Rozana IsaRozana Isa.

“Mengapa kita perlu berusaha mendapatkan data itu? Jadikan data itu tersedia dan boleh diakses,” katanya kepada FMT selepas pelancaran laporan SIS Forum yang mengandungi dapatan didokumentasikan sejak sedekad lalu oleh klinik guamannya, Telenisa.

Rozana berkata, tanpa data geografi terperinci, pembuat dasar dan kumpulan masyarakat sivil kekurangan alat untuk mengenal pasti titik panas dan melaksanakan intervensi bersesuaian.

Jurang data jejas usaha perlindungan kanak-kanak

Menurut laporan itu, angka dikeluarkan Jabatan Perangkaan hanya mencerminkan perkahwinan berdaftar dan tertakluk kepada pelbagai batasan, termasuk saiz sampel yang kecil.

Rozana menegaskan data memainkan peranan penting dalam memaklumkan pembaharuan dasar dan usaha advokasi bagi menamatkan perkahwinan kanak-kanak.

“Isu perkahwinan kanak-kanak perlu menjadi perbualan berterusan. Perkahwinan bawah umur tidak patut menjadi penyelesaian untuk apa jua situasi yang dihadapi oleh seorang gadis.”

Beliau menekankan kesan jangka panjang terhadap gadis, termasuk pendidikan terganggu, peluang terhad untuk mempelajari kemahiran, tiada kebebasan kewangan dan peningkatan risiko kesihatan.

“Seorang kanak-kanak tetap kanak-kanak. Jika dia terdedah kepada kehamilan awal, maka keadaan ini tidak baik untuk kesihatannya dalam jangka panjang.”

Melangkaui perkahwinan kanak-kanak

teresa kokTeresa Kok.

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang menghadiri pelancaran itu menegaskan, ketiadaan analisis data dikumpul Jabatan Perangkaan gagal mencerminkan pengalaman kumpulan rentan.

Katanya, data sedemikian membantu pembuat dasar lebih memahami cabaran berulang dihadapi wanita dan kumpulan rentan bagi menggubal undang-undang serta menyediakan perkhidmatan sokongan lebih responsif.

FMT telah menghubungi Jabatan Perangkaan untuk mengulas.

Market Opportunity
Symbiosis Logo
Symbiosis Price(SIS)
$0.02239
$0.02239$0.02239
+0.17%
USD
Symbiosis (SIS) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel