Siasatan awal mendapati naratif kejadian culik didakwa mangsa adalah meragukan lantas membawa kepada penahanan wanita itu bagi membantu siasatan.Siasatan awal mendapati naratif kejadian culik didakwa mangsa adalah meragukan lantas membawa kepada penahanan wanita itu bagi membantu siasatan.

Wanita kes culik palsu direman 14 hari

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
M KumarPengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman M Kumar berkata reman diperoleh di Mahkamah Majistret Johor Bahru, Johor, hari ini. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Dua individu termasuk wanita yang dipercayai memalsukan penculikannya bagi mendapatkan wang tebusan berjumlah RM18,000 direman 14 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, M Kumar, berkata reman berkenaan diperoleh di Mahkamah Majistret Johor Bahru, Johor, hari ini.

“Dua individu terbabit akan dibawa ke Sarawak bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 kerana menculik untuk wang tebusan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Kumar berkata wanita berusia 20-an itu ditahan selepas ditemukan ‘selamat’ dalam serbuan Ops Scorpion di sebuah rumah di Taman Perniagaan Setia, Johor Bahru pada 3.30 petang.

Beliau berkata, operasi itu digerakkan susulan laporan dibuat ibu wanita berkenaan berusia 43 tahun di IPD Padawan, Sarawak, pada Jumaat yang mendakwa anak perempuannya diculik individu tidak dikenali.

Kumar berkata, dalam serbuan itu polis turut menahan seorang lelaki berusia 27 tahun yang mempunyai tiga rekod lampau membabitkan kes dadah dan jenayah selain merampas empat telefon bimbit.

Bagaimanapun, Kumar berkata siasatan awal mendapati naratif kejadian culik yang didakwa mangsa adalah meragukan, lantas membawa kepada penahanan wanita itu bagi membantu siasatan.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.