Presiden PAS berkata suara majoriti akan menentukan nasib partinya dan Bersatu dalam gabungan itu.Presiden PAS berkata suara majoriti akan menentukan nasib partinya dan Bersatu dalam gabungan itu.

Singkir PAS atau Bersatu? Terpulang pada Gerakan, MIPP, kata Hadi

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
hadi awangHadi Awang menyerahkan kepada Gerakan dan MIPP untuk menyokong PAS atau Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN). (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Presiden PAS Hadi Awang berkata penyingkiran mana-mana komponen Perikatan Nasional (PN) bergantung kepada keputusan suara majoriti.

Katanya, justeru terpulang kepada Gerakan atau Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) sama ada mahu menyokong PAS atau Bersatu untuk kekal dalam PN memandangkan dua parti berkenaan mengakhiri kerjasama politik.

“Terpulang kepada parti rakan-rakan lain. (Mengikut perlembagaan PN) mesti majoriti parti anggota membuat keputusan,” katanya menurut Utusan Malaysia, di Marang.

Dalam pada itu, mengulas kekalutan PAS dan Bersatu yang masih berada dalam gabungan itu meskipun tiada kerjasama politik, Hadi menegaskan jawatan pengerusi dipegang PAS, manakala parti pimpinan Muhyiddin Yassin masih ahli komponen.

“Terpulang kepada dua-dua parti ini (Gerakan dan MIPP) hendak sokong kita atau sokong Bersatu.

“Kemudian pengerusi ini, dia buat perlembagaan. Pengerusi ini ada kuasa seperti nak bagi simbol pilihan raya dan lain-lain. Dia buat seperti itu nak ikat kita. Sebab itu kita hendak lepas daripada ikatan itu, kita terpaksa buat begitulah,” katanya.

Awal hari ini, Hadi dijemput untuk merasmikan Konvensyen Reset di Tanah Merah, Kelantan, esok.

Pada konvensyen itu, bekas timbalan presiden Bersatu, Hamzah Zainudin, dan penyokongnya dijangka mengumumkan hala tuju politik gerakan tersebut.

Hamzah yang pernah menjadi ketua pembangkang melancarkan gerakan Reset pada 14 Feb lalu, sehari selepas dipecat Bersatu susulan pertikaian kepimpinan dengan Muhyiddin.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002571
$0.00002571$0.00002571
+0.23%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage