Siasatan awal dapati premis gagal patuhi prosedur urus buangan terjadual serta syarat lesen di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.Siasatan awal dapati premis gagal patuhi prosedur urus buangan terjadual serta syarat lesen di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Asap oren di Pasir Gudang: JAS tahan pemilik, penyelia premis

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
kilang bocorPelepasan asap berwarna oren disyaki buangan terjadual dikesan di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam.

PETALING JAYA: Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pemilik dan penyelia sebuah premis di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang susulan insiden pelepasan asap berwarna oren disyaki buangan terjadual yang dikesan semalam.

Pengarah JAS Johor Mohd Famey Yusoff berkata, individu berusia 34 dan 41 tahun itu ditahan sekitar 8 malam tadi oleh Pasukan Tangkapan JAS negeri dengan bantuan JAS Cawangan Pasir Gudang.

Siasatan awal mendapati premis gagal mematuhi prosedur pengurusan buangan terjadual serta syarat lesen yang dikeluarkan di bawah Seksyen 16 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Siasatan rapi di lokasi kejadian mengesahkan berlakunya pelanggaran serius undang-undang alam sekitar,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.

Dalam pada itu, Mohd Famey berkata, pemantauan kualiti udara turut dijalankan di kawasan sensitif berhampiran termasuk SMK Taman Pasir Putih dan SMK Pasir Gudang 3, namun tiada parameter gas berbahaya dikesan setakat hari ini.

Mohd Famey berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan pengusaha industri yang mengabaikan aspek pengurusan buangan terjadual sehingga menggugat keselamatan awam dan alam sekitar.

Sebuah tangki industri berkapasiti 200 liter yang mengandungi bahan kimia jenis ‘Spent Inorganic Acid’ (SW206) di sebuah kilang di Jalan Keluli, Pasir Gudang dilaporkan bocor pagi semalam.

Bagaimanapun, menurut Komander Operasi Kanan Firdaus Ahmad, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage