Projek itu selaras dasar Malaysia Madani yang menekankan pembangunan adil dan saksama tanpa memfokuskan kemajuan hanya di kawasan bandar utama.Projek itu selaras dasar Malaysia Madani yang menekankan pembangunan adil dan saksama tanpa memfokuskan kemajuan hanya di kawasan bandar utama.

Sabah Southern Madani Link pastikan pembangunan sampai pedalaman, kata PM

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Anwar Ibrahim menurunkan tandatangan pada plak sebagai simbolik perasmian projek grid tenaga elektrik Sabah Southern Madani Link di Kompleks Persatuan Kebudayaan Lundayeh Sabah, hari ini. (Gambar Bernama)

SIPITANG: Pelaksanaan projek grid tenaga elektrik Sabah Southern Madani Link (SSML) membuktikan komitmen kerajaan persekutuan dalam memastikan agenda pembangunan dan kemudahan asas dapat dinikmati rakyat di kawasan pedalaman Sabah.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata projek itu selaras dasar Malaysia Madani yang menekankan pembangunan adil dan saksama, tanpa memfokuskan kemajuan hanya di kawasan bandar utama.

Beliau berkata, pembangunan sebenar tidak akan memberi kesan menyeluruh sekiranya kemudahan asas masih gagal sampai ke kawasan terpencil, khususnya di pedalaman Sabah.

“Sebab itu saya terkesan dan mahu memastikan pembangunan itu merata di seluruh pelusuk negeri termasuk di kawasan pedalaman, (ini) yang membezakan pendekatan kita dengan setengah negara luar iaitu pembangunan hanya tertumpu di kota besar sahaja,” katanya ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah projek SSML.

Turut hadir Ketua Menteri Hajiji Noor, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Mustapha Sakmud.

SSML melibatkan jajaran talian transmisi elektrik 275 kilovolt (kV) yang menghubungkan pantai barat dan timur Sabah sekali gus berperanan penting memperkukuh grid bekalan tenaga elektrik serta mengimbangi agihan tenaga di negeri itu.

Projek yang bermula 17 Sept tahun lepas dijadual siap pada 16 Sept 2028 dengan kos RM198 juta, manakala kemajuan semasa projek setakat 26 Mei lepas adalah pada tahap 17%.

Anwar berkata, projek grid tenaga berkenaan mempunyai signifikan besar kerana memerlukan pengorbanan serta usaha gigih pekerja di lapangan yang menembusi kawasan hutan belantara di selatan Sabah bagi membangunkan rangkaian bekalan elektrik untuk rakyat.

“Saya terharu dan gembira kerana boleh lihat pencawang (talian) itu merentas belantara. Bayangkan yang kerja dia masuk hutan tinggal keluarga hanya untuk bangunkan bekalan elektrik bagi rakyat Sabah. Jadi kawan-kawan, saya ucap terima kasih penuh penghargaan dengan pengorbanan ini,” katanya.

Mengulas mengenai kritikan sesetengah pihak di Parlimen berhubung peruntukan pembangunan yang tinggi untuk Sabah dan Sarawak, beliau berkata kerajaan mempertahankan tindakan itu bagi merapatkan jurang kemajuan infrastruktur dikedua-dua negeri berkenaan.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.0000266
$0.0000266$0.0000266
+2.26%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage