Badan pemantau berkata suruhanjaya berasingan boleh mengurangkan gerimander dan memulihkan keyakinan awam.Badan pemantau berkata suruhanjaya berasingan boleh mengurangkan gerimander dan memulihkan keyakinan awam.

Badan bebas urus persempadanan pilihan raya akan hadapi halangan, kata pakar

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
EC SPRAhli Parlimen Indera Mahkota Saifuddin Abdullah baru-baru ini mencadangkan badan baharu ditubuhkan bagi mengendalikan persempadanan kawasan pilihan raya supaya tugas itu tidak lagi diletakkan bawah SPR.

PETALING JAYA: Dua badan pemantau pilihan raya berpendapat, cadangan penubuhan badan bebas untuk mengendalikan persempadanan kawasan pilihan raya tepat pada masanya, tetapi akan berdepan cabaran perundangan dan kos.

Pengerusi kumpulan Tindak, Danesh Prakash Chacko, berkata jawatankuasa Parlimen mengenai reformasi institusi sudah dimaklumkan berhubung keperluan menubuhkan badan sedemikian sejak 2023.

“Ini adalah peluang untuk menubuhkan suruhanjaya bebas sepenuhnya. Kita boleh menetapkan beberapa kriteria jika individu dalam suruhanjaya itu merupakan Ahli Parlimen atau Adun,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas cadangan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah untuk menubuhkan badan baharu mengendalikan persempadanan kawasan pilihan raya supaya tugas itu tidak lagi diletakkan di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi Projek Sama, Thomas Fann, berkata suruhanjaya persempadanan semula yang distrukturkan dengan baik boleh mengurangkan gerimander dan membantu memulihkan keyakinan awam terhadap proses itu.

Jelasnya, negara lain seperti United Kingdom menggunakan suruhanjaya persempadanan berasingan untuk setiap wilayah melakar garis sempadan kawasan pilihan raya berdasarkan kesetaraan pengundi dan sempadan pentadbiran tempatan.

“Langkah ini dapat mengembalikan kepercayaan rakyat dan memulihkan keadilan pilihan raya.”

Tetapi, Chacko dan Fann berkata, cadangan itu berdepan cabaran besar kerana Perlembagaan perlu dipinda dan penubuhan badan baharu itu membabitkan kos tambahan serta kerumitan birokrasi.

Ditanya sama ada mengukuhkan kebebasan SPR dan menjadikannya bertanggungjawab kepada Parlimen mungkin pilihan lebih mudah, Chacko berkata: “Suruhanjaya persempadanan perlu dilihat sebagai sesuatu yang boleh dilaksanakan dalam jangka pendek, jika ada azam politik.”

Tetapi, Fann berpendapat kedua-dua pembaharuan itu mempunyai merit dan tidak semestinya saling bertentangan.

Jelasnya, badan berasingan boleh menggunakan kepakaran pelbagai pihak, termasuk hakim bersara, pentadbir pilihan raya, ahli geografi, pakar GIS, ahli demografi, ahli statistik, peguam Perlembagaan, pakar pentadbiran awam dan wakil masyarakat sivil.

Memandangkan persempadanan semula di Malaysia dilakukan setiap lapan tahun, Fann berkata, suruhanjaya itu tidak perlu bersifat kekal, sebaliknya boleh ditubuhkan apabila proses persempadanan semula dimulakan.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0,00002775
$0,00002775$0,00002775
+%6,68
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel