Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh berkata pada PRN Johor 2022 ramai tidak turun memilih atas faktor kebimbangan kesihatan ketika negara masih berdepan Covid-19Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh berkata pada PRN Johor 2022 ramai tidak turun memilih atas faktor kebimbangan kesihatan ketika negara masih berdepan Covid-19

PRN Johor: Peratusan keluar mengundi tinggi dijangka memihak PH, kata Fuziah

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
pengundi mengundiSetiausaha Agung PKR Fuziah Salleh, berkata PKR akan bertanding di Johor minimum 20 kerusi, manakala manakala 16 DUN pada PRN Negeri Sembilan.

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) menyuarakan keyakinan peratusan keluar mengundi lebih tinggi pada PRN akan memberi kelebihan kepada gabungan itu di Johor, kata Fuziah Salleh.

Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh meramalkan jumlah keluar mengundi akan mengatasi peratusan memilih pada PRN Johor 2022, mengambil kira PRN Johor 2022 diadakan ketika negara masih berdepan pandemik Covid-19.

“Pengundi yang bekerja di Singapura tidak pulang mengundi pada 2022 kerana kebimbangan berkaitan kesihatan dan saya yakin peratusan keluar mengundi akan lebih tinggi kali ini, yang akan memihak kepada PH,” katanya menurut Berita Harian, di Kuantan.

Pada PRN Johor 2022, peratusan keluar mengundi adalah 54.92% melibatkan 56 kerusi DUN.

PRN Johor akan diadakan pada 11 Julai, manakala 1 Ogos untuk pengundian di Negeri Sembilan. Hari penamaan calon di Johor ditetapkan pada 27 Jun, manakala pengundi awal akan memilih pada 7 Julai.

Penamaan calon di Negeri Sembilan pula dijadualkan 18 Julai, manakala undi awal 28 Julai.

Dalam pada itu, beliau berkata PKR akan bertanding di Johor minimum 20 kerusi, manakala manakala 16 DUN pada PRN Negeri Sembilan.

“Saya difahamkan jumlah terkini kerusi yang akan ditandingi PKR di Negeri Sembilan ialah 16, manakala jumlah minimum di Johor ialah 20, semuanya telah selesai (rundingan),” katanya.

Katanya, semua rundingan pembahagian kerusi antara komponen PH telah dimuktamadkan.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002817
$0.00002817$0.00002817
+8.30%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel