Anwar Ibrahim berkata pentadbirannya tidak berkompromi dengan amalan menggunakan kuasa untuk kepentingan peribadi.Anwar Ibrahim berkata pentadbirannya tidak berkompromi dengan amalan menggunakan kuasa untuk kepentingan peribadi.

Ada parti politik tak senang kerajaan tegas tolak rasuah, kata PM

Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
Anwar Ibrahim menghadiri program sarapan bersama penduduk di Kedai Kopi Hailam, Sri Medan, Batu Pahat.

BATU PAHAT: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mendakwa ada parti politik yang berpakat mahu menjatuhkannya kerana kerajaan pimpinannya tegas dalam membanteras rasuah dan salah guna kuasa.

Anwar, yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata pentadbiran Kerajaan Madani yang tidak berkompromi dengan amalan mencuri wang rakyat atau menggunakan kuasa untuk kepentingan peribadi menjadi faktor yang menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan pihak tertentu.

“Sebab itu tuan-tuan tahu sekarang, semua parti pakat mahu jatuhkan saya. Kenapa? Sebab dia tahu kita strict (tegas). Dia tahu kita jaga semua,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama PMX bagi DUN Senggarang bersempena dengan PRN Johor, di sini, hari ini.

Turut hadir pengarah komunikasi PH yang juga Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Anwar berkata beliau tidak gentar dengan tekanan politik itu kerana prinsip pentadbirannya jelas, iaitu memastikan pemimpin tidak menyalahgunakan kuasa untuk mendapatkan tanah, projek, saham atau kekayaan peribadi.

Beliau berkata sepanjang beberapa kali turun ke Johor sebagai perdana menteri, beliau tidak pernah mengambil sebarang tanah, projek atau saham di negeri itu.

“Saya datang Johor berpuluh kali, saya ambil tanah? Tak. Saya ambil projek? Tak ada. Saya ambil saham? Tak ada. Kita kena ajar wakil rakyat kita, negeri baik, jaga prinsip ini,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Anwar menyeru pengundi Johor supaya memberi peluang kepada PH untuk mentadbir negeri berkenaan bagi membawa perubahan lebih menyeluruh, khususnya dalam aspek kebajikan rakyat dan tadbir urus yang bersih.

Beliau berkata Johor perlu mempunyai kerajaan negeri yang sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan supaya agenda pembangunan dan bantuan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Perdana Menteri berkata walaupun Johor menerima banyak projek pembangunan bernilai berbilion ringgit, masih terdapat isu asas rakyat yang perlu diberi perhatian termasuk perumahan, jalan, masjid, surau, rumah ibadat serta bantuan kepada golongan memerlukan.

“Pembangunan naik, bilion-bilion ringgit, rumah rakyat mahal. Ini kerja (kerajaan) negeri. Negeri tak buat. Johor negeri kaya. Tak mahu berapa orang kecil kaya, rakyat banyak miskin,” katanya.

Sementara itu Anwar turut mempertahankan kerjasama PH dengan DAP dengan menekankan bahawa sepanjang beliau menerajui kerajaan, wakil DAP dalam Kabinet tidak pernah menentang program berkaitan Melayu dan Islam.

“Saya dah tiga tahun setengah sebagai Perdana Menteri, belum sekali Kabinet daripada DAP menentang program untuk Melayu ataupun Islam. Boleh semak rekod,” katanya.

Sementara itu, perdana menteri turut menzahirkan rasa terharu dengan sambutan penyokong PH di Senggarang yang disifatkannya luar biasa kerana sanggup menunggu dalam cuaca panas bagi mengikuti program berkenaan.

“Senggarang ini luar biasa semangatnya. Tengah panas pun boleh tunggu. Jarang ceramah saya orang tengah panas semangat begitu luar biasa,” kata beliau sambil menyeru pengundi di kawasan Senggarang, Rengit dan Penggaram supaya memberi sokongan padu kepada calon PH pada PRN kali ini.

Piyasa Fırsatı
Particle Network Logosu
Particle Network Fiyatı(PARTI)
$0.04627
$0.04627$0.04627
+0.56%
USD
Particle Network (PARTI) Canlı Fiyat Grafiği

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs